Lepasan SPM tidak perlu takut pelajari ilmu kemahiran

Lepasan SPM tidak perlu takut pelajari ilmu kemahiran

MOHD. Shardi Izwan Abdul Manaf merupakan bekas pelajar kemahiran kini bangga mempunyai bengkel membaiki kereta di Kampung Belukar, Wakaf Bharu, Kelantan. -UTUSAN/ROHANA ISMAIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TUMPAT: Seorang lelaki tidak menyesal memilih untuk menyambung pengajian di Institut Kemahiran Mara (IKM) Kuala Lumpur, 22 tahun lalu apabila kini bergelar ‘tauke’ bengkel membaiki kenderaan di Kampung Belukar, Wakaf Bharu di sini.

Berkongsi kisah itu kepada Utusan Malaysia, Mohd. Shardi Izwan Abdul Manaf, 39, berkata, dia tidak pernah menyesal dengan keputusan yang dibuat selepas menamatkan pelajaran di tingkatan lima.

“Ketika itu…keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang hanya sekadar ‘cukup-cukup makan’. Jadi, saya nekad memilih bidang kemahiran. Selepas tamat belajar (IKM Kuala Lumpur) saya menimba pengalaman dengan bekerja di Pusat Servis Produa selama 10 tahun.

“Selepas itu, saya memberanikan diri membuka syarikat sendiri pada tahun 2016 dan sehingga kini ia berkembang maju dengan dibantu tujuh pekerja,” katanya ditemui di sini semalam.

Mohd. Shardi memberitahu, bagi menambahkan lagi kemahiran selari dengan perkembangan teknologi hari ini dia menyertai pelbagai kursus termasuklah di Institut Automotif, Robotik dan IoT Malaysia (MARii).

Katanya, dia memulakan perniagaan itu dengan modal RM2,000 dan kini mampu memperolehi pulangan mencecah dua angka.

“Malah, saya mampu memberi peluang pekerjaan kepada orang lain. Pandangan peribadi saya, siapa menolak bidang kemahiran terutamanya lepasan SPM, satu kerugian yang amat besar.

“Hal ini kerana….bidang kemahiran sentiasa diperlukan dalam pasaran pekerjaan,” ujarnya.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya