Lebih 7 ambulans, jentera bomba di lokasi pesawat terhempas - Utusan Malaysia

Lebih 7 ambulans, jentera bomba di lokasi pesawat terhempas

Pesawat terhempas
ANGGOTA polis memeriksa sebuah motosikal dipercayai dihentam oleh pesawat yang terhempas dekat Persiaran Elmina, Seksyen U16 di Shah Alam, Selangor, hari ini. - UTUSAN / SADDAM YUSOFF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Persiaran Elmina dekat Seksyen U16 menjadi tumpuan apabila sebuah pesawat ringan terhempas dalam satu kejadian kira-kira pukul 3 petang tadi.

Lebih tujuh ambulans dari pelbagai agensi termasuk Kementerian Kesihatan (KKM) dan Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) serta  sekurang-kurangnya tiga jentera bomba berada di lokasi kejadian berhampiran susur Lebuhraya Guthrie.

Malah, lebih 200 orang kebanyakannya terdiri daripada penduduk tempatan berada di sekitar lokasi kejadian bagi menyaksikan insiden dipercayai melibatkan pesawat membawa lapan penumpang.

Sementara itu, berdasarkan pemerhatian pemberita, terdapat sebuah motosikal rentung dipercayai dihentam oleh pesawat berkenaan yang kebetulan melalui Persiaran Elmina berdekatan jejantas ikonik.

Selain itu, permukaan jalan berkenaan juga hitam dan berdebu akibat kesan hentaman pesawat terbabit yang berkemungkinan besar terbakar sebaik sahaja terhempas dan serpihannya tercampak kira-kira 100 hing 200 meter dari jalan raya.

Dalam masa sama, pasukan keselamatan yang terdiri daripada anggota dan pegawai polis bertugas di tempat kejadian meminta orang ramai supaya bersurai bagi memudahkan pergerakan kenderaan penyelamat.

Petugas akhbar yang membuat liputan sejak pukul 4 petang tadi masih menunggu laporan awal daripada pihak berkuasa.

Maklumat lanjut menyusul. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya