Lean Healthcare diperluas ke 52 buah hospital, klinik kesihatan

Lean Healthcare diperluas ke 52 buah hospital, klinik kesihatan

LUKANISMAN Awang Sauni melawat ruang pameran sempena Persidangan Lean Healthcare Peringkat Antarabangsa 2023 di Putrajaya. - UTUSAN/KAMARIAH KHALIDI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Inisiatif Lean Healthcare yang diperkenalkan di hospital-hospital Kementerian Kesihatan (KKM) sejak 10 tahun lalu dikembangkan ke 52 buah hospital negeri dan berpakar, 107 klinik kesihatan serta institusi perubatan khas.

Timbalan Menteri Kesihatan, Lukanisman Awang Sauni berkata, pelaksanaan tersebut membantu KKM dalam mengatasi isu kapasiti, kekangan sumber manusia serta sumber perubatan yang lain untuk jangka masa pendek dan sederhana.

Menurutnya, selain hospital awam dan kilinik kesihatan, inisiatif itu turut diperkenalkan di Institut Kanser Negara, Pusat Darah Negara, Hospital Tuanku Azizah (Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Kuala Lumpur) serta beberapa sektor seperti kejururawatan, farmasi, kesihatan awam, penyelidikan dan sokongan teknikal.

“Sejak diperkenalkan 10 tahun lalu, ada hospital-hospital yang dapat mengurangkan tempoh menunggu dengan memperkenalkan ‘discharge lounge’ yang mana masa menunggu untuk (pesakit) mendapatkan katil dan ‘check out’ daripada hospital itu dapat dikurangkan dengan sistem ini.

“Dan ia juga bukan sekadar tentang tempoh menunggu tetapi proses perkhidmatan kita contohnya di farmasi, ada notifikasi (akan diterima) oleh pesakit ketika tempoh menunggu untuk mendapatkan ubat.

“Seperti di HTAA (Hospital Tengku Ampuan Afzan), Pahang, mereka ada kotak farmasi apabila pesakit datang mereka hanya perlu berhenti dan ambil ubat, tidak perlu cari tempat letak kenderaan yang akan ambil masa lama, jadi ini adalah langkah inovatif bagaimana kita uruskan fasiliti,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Lean Healthcare Peringkat Antarabangsa 2023 di sini hari ini.

Jelasnya, persidangan yang berlangsung selama dua hari membabitkan seramai 430 kakitangan itu merupakan sambutan pelaksanaan sempena 10 tahun Lean di KKM, di samping menyemarakkan semula semangat pembudayaan Lean di hospital dan klinik.

Mengulas lanjut, Lukanisman berkata, pelaksanaan inisiatif itu antara lain turut mengurangkan kesilapan dalam proses rawatan seterusnya menjamin keselamatan pesakit serta meningkatkan tahap efisiensi dan produktiviti hasil proses kerja yang lebih mudah tanpa pertindihan kerja dan pembaziran.

Pada masa sama, beliau turut memberi penekanan kepada pengarah-pengarah hospital dan penyelaras di KKM untuk turut serta, memahami dan mengimplimentasi sistem Lean Healthcare secara konsisten. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya