PETALING JAYA: Perlantikan Pengerusi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) sepatutnya sudah dibuat sebaik-baik sahaja tamat perkhidmatan Datuk Ras Adiba Radzi.
Tokoh Wartawan Negara, yang juga bekas Pengerusi Media Prima Berhad, Tan Sri Johan Jaaffar kesal hal itu berlaku pada institusi sepenting Bernama.
Beliau menganggap tindakan melambat-lambatkan perlantikan itu sebagai satu pengabaian yang tidak bertanggungjawab oleh Kementerian berkenaan.
Johan mempersoalkan mengapakah jawatan itu dibiarkan kosong selama lapan bulan.
“Bernama tidak boleh dibiarkan tanpa pimpinan pada peringkat paling tinggi begitu lama,” kata beliau ketika dihubungi.
Menurut Johan akibat kelambatan perlantikan itu pelbagai spekulasi tidak sihat telah muncul.
Beliau menggesa pengumuman tentang perlantikan Pengerusi itu dibuat segera oleh Kementerian berkaitan. – UTUSAN