Laluan persimpangan Elmina dibuka -Prolintas

Laluan persimpangan Elmina dibuka -Prolintas

OPERASI pencarian dan siasatan di kawasan kejadian kapal terbang terhempas, di Elmina, di sini hari ini. -UTUSAN/SHIDDIEQIIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Persimpangan Elmina di Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE) iaitu laluan keluar dan masuk ke Elmina yang ditutup susulan nahas pesawat semalam dibuka semula kepada para pengguna bermula pukul 3.40 petang tadi. 

Projek Lintasan Kota Holdings Sdn. Bhd. (Prolintas) dalam kenyataan memaklumkan, laluan yang dibuka ialah jalan susur masuk dari arah Shah Alam ke Elmina barat. 

Selain itu, turut dibuka susur masuk dari Rawang ke Elmina timur serta susur keluarnya menuju Shah Alam. 

“Satu daripada dua lorong jalan dari Elmina barat menuju Rawang ditutup bagi membenarkan kerja-kerja siasatan pihak berkuasa terus dijalankan di lokasi kejadian. Bagaimanapun, pengguna masih boleh melalui laluan berkenaan,” kata kenyataan itu hari ini.

Semalam, penutupan sementara dibuat bagi membenarkan kerja-kerja siasatan dan pembersihan dijalankan ekoran sebuah pesawat terhempas di laluan masuk ke kawasan kediaman Elmina di Seksyen U16, Shah Alam.

Kapal berkenaan dipercayai berlepas dari Langkawi menuju ke Lapangan Terbang Subang.

Pada masa sama, Prolintas memaklumkan pasukan Operasi GCE telah ke lokasi bagi mengenal pasti kerosakan dan menjalankan pembaikan jalan serta-merta manakala pembersihan jalan turut dijalankan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat.

“Unit Peronda GCE ditugaskan berada di lokasi terbabit bagi memastikan kelancaran lalu lintas. Pengguna disaran mematuhi arahan dan papan tanda jalan serta dilarang daripada berhenti atau memperlahankan kenderaan di lokasi kejadian. 

“Sebarang pertanyaan dan aduan, sila hubungi talian Hotline Prolintas di 1800228888,” kata kenyataan itu.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya