Lah Ahmad jatuh cinta lagi - Utusan Malaysia

Lah Ahmad jatuh cinta lagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MULA berjinak dalam dunia lakonan, bagi Lah Ahmad ada satu kepuasan berbeza yang dirasai. Jika sebelum ini pentas nyanyian adalah taman permainannya, namun lakonan memberi jiwa berbeza.

Tidak pernah mengimpikan untuk bergelar pelakon, namun peluang membintangi drama bersiri baharu, 1 Million Dollar Voice memberi dia satu karakter yang sukar dilepaskan. Watak yang mungkin cuma sekali dilakonkannya.

Lantas tanpa tunggu berhari-hari, dia terus bersetuju dan mula mengkaji siapa Joe di sebalik karakter yang mungkin mengundang pelbagai persepsi masyarakat yang sebelum ini melihat Lah sebagai ‘lelaki baik’.

“Tak terfikir pun sebenarnya untuk jadi pelakon. Saya ini kaki drama, filem tetapi sekadar tonton sahajalah. Keinginan jadi pelakon itu tidak ada sama sekali. Ada beberapa kali berlakon, tetapi tidaklah besar sangat wataknya.

“Tetapi bila pengarah, Micheal Ang tawarkan watak Joe ini, saya sukar untuk tolak. Sebab menarik sangat. Drama ini menceritakan tentang realiti sesebuah pertandingan dalam drama, apa yang berlaku di sebalik program di layar kaca.

“Lebih senang sebab saya ini memang seorang penyanyi, jadi watak itu lebih dekat cuma ‘kehidupan’ Joe memang cukup gelap. Ditambah pula dengan karakter lain, memang susah nak dapat peluang begini,” ujarnya.

Ditanya tentang rujukan, Lah berkata, Joe adalah watak yang memerlukan dia bermain dengan emosi apabila dia perlu berhadapan dengan ugutan ahli kongsi gelap yang menuntut hutang sehingga boleh membahayakan keluarganya.

“Joe sebenarnya kesempitan wang dan peluang. Dia perlu berjuang untuk keluarganya dan dalam pada masa sama, dikejar pemiutang. Cuam dia ada bakat nyanyian yang akhirnya membawa dia ke pentas realiti.

“Kalau hendak kta rujukan itu, tidak ada. Sebab watak Joe ini unik. Dia keliru dengan diri sendiri, sampailah dia bertanding dalam 1 Million Dollar Voice itu. Dia mencari siapa dia sebenarnya.

“Disebabkan watak Joe ini, saya jatuh cinta dengan dunia lakonan. Tetapi kalau hendak terus terjun dalam bidang lakonan tidaklah, nyanyian tetap menjadi keutamaan saya,” kata pelakon Mahligai Belum Terbakar.

MENGUJI DIRI

Membuka gelanggang bicara tentang lakonannya, pemilik nama penuh Abdullah Ahmad ini mengkui watak Joe cukup mencabar sehingga dia beberapa mempersoalkan kemampuan diri sendiri.

Malah membaca skrip sahaja sudah menimbulkan kerisauan dalam hati Lah sekiranya karakter gelap Joe boleh mengundang rasa marah dan benci penonton apabila drama itu ditayangkan bermula 28 Ogos depan.

“Memang mencabar sekali. Banyak kali saya cakap dengan Micheal, Tak boleh buat ini tak boleh buat itu. Sebelum baca skrip, okay sahaja. Tetapi bila dah dalami watak, memang susah.

“Bila orang tonton drama ini, saya rasa ramai yang akan marah dan benci dengan Joe. Sebab karakter dia cukup gelap. Nak cerita lebih tak boleh lah kan. Tetapi itu yang saya rasa.

“Cuma bagi saya, kalau hendak jadi pelakon, buat betul-betul. Macam Allahyarham M. Rajoli, jadi bapak ayam pun berkesan, jadi pak imam pun berjaya. Itu pelakon sejati,” ujar lelaki berusia 43 tahun itu.

GV? RAMAI LAGI ‘LEJEN’

Bercakap tentang dunia nyanyian pula, ramai yang meramalkan nama Lah bakal tersenarai sebagai salah seorang peserta Gegar Vaganza musim baharu. Lantas pertanyaan itu diajukan terus.

Tersenyum dan terus menggelengkang kepala, bagi penyanyi Sempurna dan Terbaik itu, dia merasakan pentas GV bukanlah untuknya sementelah ramai lagi penyanyi senior yang belum bertanding.

“Saya rasa diri tak cukup bagus untuk pentas GV. Saya ini tak ada apa-apa pun. Ramai lagi otai dalam dunia nyanyian yang seharusnya bertanding. Bukan saya demand, tetapi tak apalah.

‘Lagipun kalau bercakap soal pertandingan ini, saya belum ready lagi. Banyak perkara perlu difikirkan sebelum masuk bertanding di pentas yang cukup gah itu.

“Sebelum ini memang saya ada sertai pertandingan realiti lain, The Last Trio Standing. Tetapi konsepnya berbeza. Mungkin saya ini suka buat benda yang orang lain tak pernah buat,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya