Ladang ayam diserbu ekoran masalah lalat - Utusan Malaysia

Ladang ayam diserbu ekoran masalah lalat

Lalat ayam
KEADAAN ladang ternakan yang diperiksa MPKS di sekitar Jeram, Kuala Selangor, Selangor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA SELANGOR: Tindakan sebuah ladang ternakan ayam menyebabkan gangguan lalat kepada penduduk di sekitar Jeram di sini, mengundang padah apabila diarah tutup serta merta semalam. 

Penutupan itu dilakukan  hasil serbuan dilakukan Jabatan Kesihatan dan Persekitaran Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) bersama Pejabat Veterinar Daerah Kuala Selangor dengan kerjasama Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Selangor, bermula kira-kira pukul 10 pagi. 

Pengarah Jabatan Kesihatan dan Persekitaran MPKS, Jerriee Ab. Manaf berkata, pemeriksaan pihaknya mendapati lapan reban di ladang itu engan mempunyai sebanyak 224,000 ayam. 

Katanya, siasatan di lokasi itu mendapati kewujudan lalat pada tahan sederhana iaitu berada skala 4 daripada 10 dan usia ayam hampir mencapai tempoh matang untuk dipasarkan. 

“Selain itu, pemilik reban tidak menguruskan pelupusan bangkai dengan baik, ketidakcekapan rekod kawalan serangga perosak secara konsisten dan pengurusan najis ayam yang tidak bersesuaian.

“Ladang itu diarah tutup serta merta dan pemilik ladang juga diminta menjalankan kawalan semburan tiga kali sehari menggunakan resigen atau iconic,” katanya ketika dihubungi. 

Tambah Jerriee, pihaknya turut meminta pemilik ladang menjalankan pembersihan sewajarnya termasuk pelupusan bangkai ayam yang sistematik, pembersihan pelepasan dan pengendalian najis ayam dengan sistematik dan berkesan.

“Kadar Pematuhan oleh pemilik ladang akan dipantau daripada semasa ke semasa agar tidak mendatangkan mudarat kepada persekitaran,” ujarnya.  – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya