KPM perhalusi mekanisme sekolah khas golongan miskin - Utusan Malaysia

KPM perhalusi mekanisme sekolah khas golongan miskin

FADHLINA Sidek ketika menghadiri Program Pembinaan Karekter Bangsa Malaysia Pelajar Lepas Menengah di Dewan Datuk Haji Ahmad Salleh, Nibong Tebal, Pulau Pinang hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

NIBONG TEBAL: Kementerian Pendidikan (KPM) sedang memperhalusi mekanisme terbaik dalam usaha merealisasikan projek rintis konsep sekolah baharu untuk golongan paling miskin di negara ini seawal tahun depan.

Menterinya, Fadhlina Sidek berkata, pihaknya kini dalam proses menentukan kemungkinan untuk menjadikannya sebagai sekolah model khas.

Jelas beliau, tumpuan diberikan terhadap kriteria yang berkait rapat dengan isu-isu kemiskinan, bantuan dan keadaan yang akan memberikan sokongan kepada ekosistem keseluruhan sekolah itu kelak.

“Jangan salah faham kerana apabila kita bercakap mengenai sekolah ini, tentang model khas, maknanya kita bercakap tentang akses.

“Maksudnya, di mana tempat yang paling sukar untuk anak-anak ini mendapat akses pendidikan, maka di situlah sekolah model khas untuk kanak-kanak miskin ini akan didirikan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai perkembangan sekolah khusus anak paling miskin yang seperti dinyatakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini.

Terdahulu, beliau menghadiri Program Pembinaan Karekter Bangsa Malaysia Pelajar Lepas Menengah di Dewan Datuk Haji Ahmad Salleh, di sini hari ini.

Seramai 700 pelajar lepas menengah menghadiri program yang memupuk karekter bangsa Malaysia berteraskan patriotisme, kepimpinan dan tanggungjawab sosial.

Pada 5 Ogos lalu, Anwar memaklumkan, kerajaan berhasrat memperkenalkan jenis sekolah baharu yang menyasarkan kepada anak-anak daripada golongan paling miskin di negara ini.

Menurut Perdana Menteri, pelaksanaan jenis sekolah berkenaan akan berpandukan kerangka sekolah menengah sains serta berasrama penuh bagi membolehkan golongan berkenaan berpeluang mendapat akses pendidikan, walaupun keputusan peperiksaan mereka kurang memberangsangkan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya