KPKT sasar lahir lebih ramai usahawan bandar

KPKT sasar lahir lebih ramai usahawan bandar

NGA Kor Ming (tengah) mengibarkan bendera jalur gemilang pada Majlis Jualan Merdeka Usahawan Komuniti Bandar 2023 di KPKT Putrajaya.- UTUSAN/FAIZ ALIF ZUBIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) berhasrat untuk melahirkan lebih ramai usahawan di bawah program Pemerkasaan Ekonomi Komuniti Bandar (PEKB) dan usahawan Kampung Baru Cina.

Menterinya, Nga Kor Ming berkata, tahun ini sahaja, kerajaan memperuntukkan RM10 juta bagi membimbing 835 peserta terdiri daripada golongan B40 dengan kerjasama 28 buah pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Beliau berkata, di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12), KPKT diperuntukkan sebanyak RM55 juta dengan sasaran untuk melahirkan 4,835 usahawan B40 di bandar.

“Program PEKB yang bermula sejak 2013 adalah satu usaha KPKT dalam merealisasikan Kesejahteraan Rakyat di Bandar.

“Sehingga kini, PEKB melahirkan seramai 16,515 orang usahawan terdiri dalam kalangan golongan berpendapatan rendah yang dipilih oleh NGO,” katanya ketika berucap pada Majlis Jualan Merdeka Usahawan Komuniti Bandar 2023, di sini hari ini.

Katanya, melalui program ini, peserta PEKB diberikan latihan keusahawanan dalam pelbagai bidang bertujuan meningkatkan kemahiran hingga mampu mengusahakan perniagaan yang dapat memberikan pendapatan yang baik.

Kor Ming berkata, aktiviti perniagaan usahawan ini dipantau oleh NGO terbabit selama enam bulan bagi memastikan mereka dapat menjana pendapatan sekurang-kurangnya RM600 sebulan.

Menurutnya, apa yang menarik, pada hari ini terdapat peserta PEKB yang boleh menjana pendapatan kasar sebanyak RM10,000 sebulan.

“Malah pengusaha ini dilantik sebagai tenaga pengajar dan menjadi contoh kepada anak-anak muda setempat.

“Boleh dikatakan majoriti peserta PEKB telah berjaya keluar dari garis kemiskinan negara,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya