KPKT perkenal dua anugerah, hargai peranan warga KPKT, media

KPKT perkenal dua anugerah, hargai peranan warga KPKT, media

NGA Kor Ming (tiga kanan) bergambar bersama replika piala pada Majlis Pra Pelancaran Anugerah Kecemerlangan Menteri KPKT dan Anugerah Kecemerlangan Media KPKT 2023 di Putrajaya . - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Lebih 20,000 warga Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) kini berpeluang memenangi wang tunai RM20,000 dan mengikuti kursus jangka pendek di universiti ternama dunia.

Peluang itu ditawarkan menerusi penganjuran Anugerah Kecemerlangan Menteri KPKT 2023 yang bakal berlangsung pada 11 November depan.

Menterinya, Nga Kor Ming berkata, anugerah itu adalah julung kali diperkenalkan KPKT bagi mengiktiraf kecemerlangan warga kementerian itu dalam pelbagai kategori yang dipertandingkan.

Beliau berkata, sebanyak 12 kategori diperkenalkan termasuk Anugerah Keunggulan Menteri, Anugerah Berlian KPKT, Anugerah Kepimpinan Terbaik, Anugerah Kepimpinan Berinspirasi, Anugerah Pemimpin Harapan, Anugerah Personaliti Unggul, Anugerah Hati Emas dan Anugerah Kepimpinan PBT terbaik.

“Selain itu, empat anugerah bagi kategori berkumpulan diperkenalkan iaitu Anugerah Hijau KPKT, Anugerah Organisasi Sejahtera, Anugerah Organisasi Paling Responsif dan Anugerah PBT Cemerlang.

“Setiap pemenang anugerah akan membawa pulang wang tunai, sijil penghargaan, trofi dan kursus jangka pendek di universiti ternama di luar negara bagi kategori terpilih,” katanya pada majlis prapelancaran anugerah itu hari ini.

Katanya, buat julung kalinya juga, KPKT turut memperkenalkan Anugerah Kecemerlangan Media KPKT 2023 yang bakal berlangsung pada 3 November dan menawarkan hadiah wang tunai RM3,000 hingga RM10,000 bagi setiap kategori.

Kor Ming berkata, terdapat 10 kategori diperkenalkan membabitkan Anugerah Liputan Perumahan Terbaik, Anugerah Liputan PBT terbaik, Anugerah Wira Merah Terbaik, Anugerah Liputan Kemampanan Bandar & Persekitaran Hijau Terbaik dan Anugerah Liputan Pengurusan Sisa Pepejal Terbaik.

Menurutnya, anugerah lain termasuk Anugerah Liputan Kredit Komuniti Terbaik, Anugerah Liputan Radio Terbaik, Anugerah Khas Liputan Multimedia, Anugerah Kewartawanan Foto Terbaik dan Anugerah Khas YB KM (Anugerah Utama).

“Pemenang setiap kategori akan membawa pulang wang tunai RM3,000, manakala anugerah utama pula menawarkan wang tunai RM10,000.

“Setakat 14 Ogos lalu, kami sudah menerima lebih 50 karya dan mengalu-alukan lebih banyak lagi karya daripada pengamal media sehingga tarikh tutup penyertaan pada 5 September ini,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya