KPKT mahu syor Belanjawan 2024 beri kesan segera dinikmati rakyat

KPKT mahu syor Belanjawan 2024 beri kesan segera dinikmati rakyat

NGA Kor Ming bergambar bersama pemegang taruh selepas Majlis Libat Urus Inisiatif Belanjawan 2024 di Putrajaya. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) berhasrat mahu memastikan segala cadangan Belanjawan 2024 memberi kesan pantas kepada rakyat.

Menterinya, Nga Kor Ming berkata, semua syor yang disarankan juga perlu bersifat ‘people-centric’ atau mampu menawarkan manfaat secara terus kepada golongan sasar.

Beliau berkata, cadangan daripada pemegang taruh juga wajar memberi penekanan kepada kriteria ‘ready to take-off’ iaitu boleh dilakukan segera sepanjang tahun depan yang boleh dinikmati rakyat tanpa menunggu masa.

“Cadangan dikemukakan mereka turut perlu dianggap ‘one-off’ iaitu peruntukan hanya bagi 2024 dan tiada implikasi kewangan dibawa ke tahun berikutnya seperti projek naik taraf pasar awam di seluruh negara yang boleh disiapkan segera menjelang akhir tahun ini.

“Justeru pemegang taruh perlu memikirkan idea baharu yang lebih bersifat situasi menang-menang kepada semua pihak terutamanya penduduk awam,” katanya ketika berucap pada sesi libat urus KPKT di sini hari ini melibatkan seramai 234 individu pemegang taruh berhubung syor inisiatif Belanjawan 2024.

KPKT kali ini muncul sebagai kementerian pertama mengadakan sesi libat urus itu yang membabitkan semua pemain industri termasuk pemaju perumahan dan badan komuniti menjelang pembetangan Bajet 2024 pada Oktober depan.

Kor Ming berkata, cadangan pemegang taruh juga boleh mengambil contoh pelaksanaan lima agenda progresif KPKT berdasarkan program Ekonomi Madani antaranya pembinaan baharu dan naik taraf 3,000 gerai menerusi MyKiosk dengan kos RM50 juta sedang giat dilaksanakan malah bakal siap hujung tahun ini.

Pada masa sama, pihaknya juga membantu golongan berpendapatan rendah bagi memiliki rumah dengan skim jaminan kredit perumahan serta pembinaan 4.250 unit rumah bernilai RM358 juta.

KPKT turut bersedia melancarkan urusan perniagaan melalui pusat sehenti terbuka versi 3.0 Plus dan inisiatif Business Ready untuk pelanggan.

Tidak ketinggalan kata beliau, penyediaan garis panduan stesen pengecasan kenderaan elektrik dalam usaha negara bagi mencapai sasaran 10,000 buah premis itu pada 2025. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya