KPJ Perlis tawar Pakej Saringan Kesihatan Merdeka serendah RM66 - Utusan Malaysia

KPJ Perlis tawar Pakej Saringan Kesihatan Merdeka serendah RM66

HARI Ram Ramayya (kiri) merakamkan gambar bersama selepas Majlis Perasmian dan Pelancaran Sambutan Kemerdekaan Peringkat KPJ Perlis, hari ini. -UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Bersempena bulan kemerdekaan, Hospital Pakar KPJ Perlis mengumumkan Pakej Saringan Kesihatan Merdeka buat rakyat negeri ini dalam menyemarakkan sambutan bulan berkenaan.

Menerusi pakej itu, orang ramai berpeluang melakukan pemeriksaan kesihatan dengan tawaran harga serendah RM66.

Pengarah Perubatan KPJ Perlis, Dr. Hari Ram Ramayya berkata, antara perkhidmatan saringan kesihatan yang ditawarkan menerusi pakej tersebut adalah meliputi pemeriksaan darah, ujian fungsi buah pinggang, ujian fungsi hati, ujian kadar gula, ujian tahap kolestrol dan ujian air kencing.

“KPJ Perlis mengenakan caj RM66 bagi pakej ini sebagai simbolik kepada sambutan kemerdekaan yang disambut kali ke 66 tahun ini,” katanya selepas Majlis Perasmian dan Pelancaran Sambutan Kemerdekaan Peringkat KPJ Perlis, di sini, hari ini.

Hadir sama dalam program berkenaan adalah Ketua Pegawai Kejururawatan KPJ Perlis, Zakiah Hasan.

Mengulas lanjut, Hari Ram berkata, pakej yang ditawarkan itu turut menyediakan kad kumpulan darah secara percuma kepada orang ramai yang melakukan pemeriksaan berkenaan.

Katanya, pakej itu dilaksanakan bermula pada 1 Ogos lalu sehingga 16 September depan sebagai inisiatif bagi memeriahkan lagi sambutan kemerdekaan tahun ini.

“Inisiatif yang dilaksanakan ini membuka peluang buat rakyat Perlis untuk melakukan pemeriksaan kesihatan.

“Selain itu, kami juga melaksanakan beberapa program lain secara dalaman untuk kakitangan KPJ antaranya seperti Pertandingan Pakaian Retro dan pelbagai lagi bersempena bulan kemerdekaan ini,” katanya.

Sebagai rekod, KPJ Perlis yang beroperasi sejak 2018 mempunyai pakar perubatan dalaman, bedah tulang, bedah am, perbidanan dan sakit puan, kanak-kanak, pakar telinga, hidung dan tekak dan pakar radiologi. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya