KPDN pantau rapi isu keselamatan bekalan makanan dari Jepun

KPDN pantau rapi isu keselamatan bekalan makanan dari Jepun

ARMIZAN MOHD ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) sedang memantau rapi bekalan makanan import dari Jepun susulan isu pelepasan sisa air radioaktif terawat oleh negara berkenaan.

Pemangku Menteri KPDN, Datuk Armizan Mohd. Ali berkata, pihaknya sudah dimaklumkan mengenai perkembangan terbaharu itu termasuk nasihat dikeluarkan Kementerian Kesihatan (KKM) semalam.

Beliau berkata, ketika ini, Malaysia banyak bergantung kepada sumber makanan dari luar negara termasuk Jepun.

“Kita akan teliti perkembangan terbaharu mengenai isu itu dan mengambil tindakan perlu bagi memastikan makanan yang diimport selamat.

“Apa-apa perkembangan kami akan maklumkan kepada pihak media,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Media semalam melaporkan, KKM akan mengenakan pemeriksaan Tahap 4 (Pengawasan) di pintu masuk negara terhadap produk makanan berisiko tinggi yang diimport dari negara Jepun untuk analisis kandungan bahan radioaktif.

Ia susulan pemakluman tindakan pelepasan sisa air radioaktif terawat bermula esok oleh pihak berkuasa Jepun.

Jepun mengesahkan bahawa pelepasan sisa air radioaktif terawat tersebut adalah mengikut standard keselamatan Jepun yang akan dilaksanakan secara berperingkat dan mendapat kelulusan daripada Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) pada 4 Julai lalu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN