Kopetro rai 29 pemenang

Kopetro rai 29 pemenang

ANTARA pemenang yang dirai Kopetro dalam satu majlis semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Koperasi Kakitangan Petronas Berhad (Kopetro) menerusi anak syarikatnya Kopetro Travel & Tours Sdn. Bhd. meraikan seramai 29 pemenang kempen ‘Cuti Sakan Bersama Kopetro Travel’ di ibu negara semalam.

Ketua Pegawai Eksekutif Kopetro, Ahmad Shakir Ahmad Ubaidah berkata, seramai 29 pemenang bertuah tersebut dipilih sebagai pemenang kempen itu yang dijalankan dari 1 Mac hingga 30 Jun lalu.

Katanya,  sebanyak 300 penyertaan diterima menerusi peraduan ‘Cuti Sakan Bersama Kopetro Travel’ yang diadakan bagi  mempromosikan tempat pelancongan dalam dan luar negara.

“Kita sangat berharap dapat memacu pendapatan negara dalam usaha kerajaan untuk meningkatkan ekonomi menerusi industri pelancongan.

“Apa yang penting, kempen ‘Jom Cuti Sakan’ yang telah memasuki edisi keduanya ini mendapat sambutan menggalakkan daripada ramai orang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Para pemenang telah dijemput hadir ke majlis ini untuk mencabut sendiri pelbagai hadiah berupa pakej percutian dan pelancongan bernilai lebih RM30,000.

Antara hadiah menarik yang dibawa pulang oleh pemenang termasuklah pakej percutian ke Bali, Indonesia, Ho Chi Minh, Vietnam dan Sunway Lagoon.

Kopetro Travel & Tours Sdn. Bhd. salah satu agensi pelancongan yang menyediakan rangkaian perkhidmatan serta nilai tambahan yang komprehensif untuk memudahkan percutian orang ramai. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya