Konvoi Madani Ride PDRM berakhir esok - Utusan Malaysia

Konvoi Madani Ride PDRM berakhir esok

HAZANI Ghazali (kiri) dan ahli konvoi disambut Khaw Kok Chin (dua,kanan) di Juru Autocity, Butterworth, Pulau Pinang hari ini. - Pix: SITI NUR MAS ERAH AMRAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

BUTTERWORTH: Konvoi Madani Ride Polis Diraja Malaysia (PDRM) sempena sambutan Bulan Kemerdekaan dan peringatan Hari Polis ke-216 meneruskan perjalanan konvoi dengan menjelajah ke Ipoh, Perak.

Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA), Datuk Seri Hazani Ghazali berkata, konvoi yang turut disertai Ipoh Super Bike Club (ISBC). pada 16 Ogos lalu akan berakhir di Shah Alam, Selangor.

Katanya, majlis penutup akan disempurnakan Timbalan Perdana Menteri I, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

“Semalam, pasukan konvoi memasuki Thailand dan mendapat sokongan sepenuhnya daripada Polis Diraja Thailand (RTP) dan pagi ini, kami menyambung perjalanan dari Danok ke Kedah.

“Sepanjang perjalanan, kami akan singgah untuk menyantuni dan menyampaikan sumbangan kebajikan di setiap Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri yang dilawati.

“Sekurang-kurangnya 10 individu terdiri daripada pegawai dan anggota yang berdepan masalah kesihatan, anak yatim dan asnaf akan menerima sumbangan di setiap IPK yang disinggahi,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas tiba bersama pasukan konvoi di pusat jualan Harley Davidson di Juru Autocity, di sini hari ini.

Yang hadir sama, Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Khaw Kok Chin dan Ketua Polis Seberang Perai Tengah (SPT), Asisten Komisioner Tan Cheng San.

Mengulas lanjut, beliau berkata, program konvoi itu akan diteruskan susulan sambutan yang diterima amat memberangsangkan.

“Konvoi ini dapat menjadi platform untuk menyemarakkan semangat positif sekali gus merapatkan hubungan antara pihak polis dan masyarakat setempat,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya