Kon Yeow angkat sumpah Ketua Menteri Pulau Pinang - Utusan Malaysia

Kon Yeow angkat sumpah Ketua Menteri Pulau Pinang

CHOW Kon Yeow mengangkat sumpah memegang jawatan Ketua Menteri di hadapan Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak di Seri Mutiara, George Town, Pulau Pinang kelmarin.. - Pic: IQBAL HAMDAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

GEORGE TOWN: Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Pulau Pinang, Chow Kon Yeow selesai mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang bagi penggal kedua hari ini.

Kon Yeow mengangkat sumpah memegang jawatan Ketua Menteri di hadapan Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak kira-kira pukul 9.35 pagi tadi.

Majlis istiadat pengurniaan surat cara pelantikan, mengangkat sumpah jawatan dan taat setia serta sumpah rahsia itu berlangsung di Seri Mutiara, di sini.

Yang turut hadir, isteri Kon Yeow, Tan Lean Kee; bekas Ketua Menteri Pulau Pinang yang juga Pengerusi DAP Kebangsaan, Lim Guan Eng; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohd. Sayuthi Bakar dan pimpinan Barisan Nasional (BN) serta Parti Keadilan Rakyat (PKR) negeri.

Menerusi keputusan PRN yang berlangsung semalam, Kon Yeow menang di Dewan Undangan Negeri (DUN) Padang Kota dengan majoriti 7,116 mengalahkan calon Perikatan Nasional (PN), H’Ng Khoon Leng yang memperoleh 1,145 undi.

Kon Yeow dilantik sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang yang baharu selepas gabungan PH-BN memenangi 29 kerusi daripada 40 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) sekali gus berjaya membentuk Kerajaan Negeri Pulau Pinang dengan majoriti dua pertiga. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya