KMJ 2023 bermula, diketuai Sultan Johor - Utusan Malaysia

KMJ 2023 bermula, diketuai Sultan Johor

PARA petugas memasukkan barangan dan cenderamata ke dalam kenderaan yang akan diberikan kepada orang ramai sempena KMJ 2023.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Selepas tiga tahun tidak dianjurkan ekoran pandemik Covid-19, kini acara yang amat dinanti-nantikan rakyat negeri ini, Kembara Mahkota Johor (KMJ) 2023 memulakan jelajahnya, semalam.

Jelajah selama empat hari hingga Selasa ini yang diketuai Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bermula dari pekarangan Istana Pasir Pe­langi, di sini menuju ke daerah Kota Tinggi dan Mersing yang menempuh perjalanan sejauh 204 kilometer pada hari pertama.

Dalam perjalanan menggunakan kenderaan pacuan empat roda itu, baginda dan rombongan akan singgah di Kulim Eco-Trail Retreat di Ulu Tiram dan Felda Bukit Aping Timur di Kota Tinggi serta Kampung Stay di Mersing.

Pada hari kedua, Sultan Ibrahim berkenan menjelajah bertemu rakyat jelata di daerah Kluang, Segamat, Tangkak dan Muar yang melibatkan perjalanan sejauh 321 kilometer.

Antara lokasi yang disinggahi baginda ialah Kampung Lukut, Laman Kembara Paloh, Taman Eko Rimba Sungai Bantang dan Pekan Sagil.

Baginda akan meneruskan jelajah sejauh 176 kilometer di daerah Muar dan Batu Pahat pada hari ketiga KMJ 2023 dan antara lokasi yang dikunjungi ialah Sawah Ring, Hutan Taman Negeri Ayer Hitam Utara dan Pusat Pertanian Parit Botak.

Pada hari terakhir KMJ 2023, baginda berkenan menjelajah ke daerah Pontian dan Kulai, melibatkan perjalanan sejauh 181 kilometer.

Rombongan Sultan Ibrahim kemudiannya dijadualkan singgah di Taman Rekreasi Rambah dan Kompleks Penghulu Se­denak.

Seperti KMJ yang terdahulu, pelbagai acara dan aktiviti dianjurkan yang melibatkan rakyat jelata.

Sumber memaklumkan kepada Utusan Malaysia, KMJ 2023 akan turut memberi fokus terhadap beberapa produk pelancongan baharu yang berpotensi untuk dimajukan.

“Antaranya, Tuanku akan singgah menyaksikan spesies ikan beta liar yang hanya terdapat di negeri ini.

“Selain itu, Tuanku juga akan dibawa menyaksikan spe­sies periuk kera yang hanya terdapat di Johor.

“Dua spesies terbabit tidak terdapat di tempat lain, hanya ada di negeri ini,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya