KLIA Transit tawar tambang RM1 sempena Hari Kebangsaan

KLIA Transit tawar tambang RM1 sempena Hari Kebangsaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Syarikat perkhidmatan tren premium Express Rail (ERL) Link Sdn. Bhd. menawarkan harga tambang eksklusif pergi dan balik dengan potongan 46 peratus bagi pengguna yang melakukan perjalanan dari stesen KL Sentral ke stesen Putrajaya & Cyberjaya sempena Hari Kebangsaan 2023 pada 31 Ogos ini.

ERL dalam kenyataan berkata, pengguna akan menikmati perjalanan selama satu hari itu menggunakan salah satu produknya, KLIA Transit dengan hanya RM15 (harga biasa RM28) dan RM1 (harga biasa RM12.60) untuk kanak-kanak berumur enam hingga 15 tahun.

Katanya, perkhidmatan KLIA Transit mula beroperasi lebih awal pada pukul 4.30 pagi bagi memberi kemudahan kepada peserta dan orang ramai.

“Orang ramai dinasihati membuat perancangan awal dan tiba awal di Dataran Putrajaya kerana sambutan akan bermula pada jam 7 pagi.

“Dari Terminal Putrajaya Sentral, orang ramai boleh menaiki perkhidmatan bas ulang-alik percuma ke Dataran Putrajaya.

“Tambang istimewa tersedia untuk pembelian dan perjalanan selama sehari sahaja dan untuk perjalanan bermula dari Stesen KL Sentral ke Stesen Putrajaya & Cyberjaya, tiket boleh dibeli di Kaunter Tiket Transit KLIA di KL Sentral sahaja.

“Selain itu, kanak-kanak di bawah umur enam tahun melancong secara percuma,” katanya.

Sambutan Hari Kebangsaan 2023 akan berlangsung di Putrajaya pada 31 Ogos ini dengan tema ‘Malaysia Madani: Tekad Perpaduan, Penuhi Harapan’. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya