KLIA Ekspres, Transit bermasalah lagi, pengguna gesa Anthony Loke bertindak 

KLIA Ekspres, Transit bermasalah lagi, pengguna gesa Anthony Loke bertindak 

KERATAN laporan Utusan Malaysia.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: KLIA Ekspres dan KLIA Transit didakwa terus berdepan masalah teknikal sehingga menjejaskan pergerakan ramai penumpang yang menaiki perkhidmatan rel berkenaan ke destinasi masing-masing. 

Masalah itu didakwa berlaku semalam yang menyebabkan kedua-dua perkhidmatan berkenaan itu terpaksa digabungkan. 

Utusan Malaysia difahamkan, akibat masalah itu menyebabkan perubahan jadual ketibaan dan berlepas malah penumpang memberitahu tidak mengetahui masa yang tepat. 

Ini kerana, perubahan masa itu tidak dikemas kini melalui aplikasi KLIA Ekspres. 

Menerusi hantaran ringkas di Facebook semalam, KLIA Ekspres memaklumkan pengguna supaya merujuk semakan jadual dan platform tren di kaunter tiket dan memohon maaf atas kesulitan yang berlaku.  

Dalam kenyataan berasingan, pihaknya memberitahu, perkhidmatan itu berdepan masalah di landasan yang menghalangnya daripada terus menjalankan perkhidmatan yang lancar. 

“Kegagalan ini memerlukan kerja-kerja pembetulan besar yang hanya boleh dilakukan selepas waktu operasi malam ini (semalam).

“Kami akan menjalankan perkhidmatan gabungan bermula dari jam 12, dari KL Sentral dan KLIA T2 sehingga tamat waktu operasi hari ini (semalam. 

“Tren akan berjalan pada selang 15 minit. Di KL Sentral, tren akan berlepas dari platform berlepas KLIA Ekspres dan akan tiba di platform Ketibaan KLIA Ekspres,” kata kenyataan itu semalam. 

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati perkhidmatan KLIA Ekspres dan KLIA Transit beroperasi mengikut jadual biasa hari ini. 

Sementara itu, semakan Utusan Malaysia di ruangan komen Facebook mendapati rata-rata pengguna tidak berpuas hati dengan perkhidmatan berkenaan yang sering mengalami masalah.

ANTHONY LOKE

 

Ekoran itu, seorang pengguna Facebook menggesa Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook bertindak segera sebelum masalah itu berulang lagi, antaranya:

Tuan Taj II: #AnthonyLoke tolong lakukan sesuatu. 

Chriso Ong: Selepas masuk tren baru tahu. Tiada pengumuman di stesen. Pernah terfikir mengapa tren tidak mengikuti jadual yang sedia ada dan aplikasi anda masih menunjukkan “perkhidmatan tren normal”? Tolong buat lebih baik. 

Noel Dass: Selamanya dengan isu teknikal. 

Gurpreet Singh Hans: Orang ramai perlu merancang perjalanan mereka, bukannya pergi ke kaunter tiket kemudian rancang perjalanan.

KLIA Ekspres dan KLIA Transit dikendali oleh Express Rail Link Sdn. Bhd. (ERL), iaitu syarikat swasta terkemuka milik bersama YTL Corporation Berhad, Lembaga Tabung Haji (TH) dan Trisilco Equity Sdn. Bhd. dengan masing-masing mempunyai nilai pegangan saham 50 peratus; 40 peratus dan 10 peratus. 

Pada 25 Ogos 1997, kerajaan Malaysia telah menyerahkan konsesi 30 tahun kepada syarikat tersebut untuk membiayai, membina, mengendali dan mengawal selia sistem dan perkhidmatan rel penghubung Kuala Lumpur-KLIA. 

Utusan Malaysia bulan lalu melaporkan, pengguna-pengguna tren mengadu bahawa pendingin hawa KLIA Transit tidak berfungsi secara optimum, sering mengalami masalah teknikal menyebabkan suhu meningkat dan menimbulkan keadaan tidak selesa sepanjang 39 minit perjalanan. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya