KL Cops Urbanathlon 2023 penuh cabaran

KL Cops Urbanathlon 2023 penuh cabaran

 MOHD. SHUHAILY MOHD.  ZAIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA:  Program KL Cops Urbanathlon 2023 yang julung kali diadakan di Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, di sini hari ini disertai 180 peserta.

Acara yang dirasmikan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mohd. Shuhaily Mohd. Zain itu membabitkan 36 pasukan daripada 10 jabatan dan enam polis daerah di bawah pentadbiran Polis Kuala Lumpur termasuk dua pasukan media. 

Mohd. Shuhaily berkata, objektif program itu bagi mengeratkan hubungan dalam kalangan pasukan Polis Kuala Lumpur dengan mengamalkan gaya hidup sihat menerusi kaedah bersukan, berlari, berbasikal dan lain-lain. 

“Melalui program ini, kita boleh melihat bagaimana pasukan ini bekerjasama antara satu sama lain. 

“Selain 10 jabatan dan enam daerah polis, kita menjemput pengamal media yang diwakili dua pasukan media,” katanya dala, sidang akhbar di Ibu Pejabat Kontinjen Kuala Lumpur hari ini.

Mengulas mengenai program mencabar itu, beliau berkata, pelbagai halangan perlu dilalui termasuk larian satu kilometer dengan memakai baju kalis peluru, merangkak bawah lori, menterbalikkan tayar besar dan memanjat tembok. 

Katanya, Polis Kuala Lumpur akan meneruskan penganjuran program ini pada masa akan datang dalam usaha mengeratkan hubungan antara masyarakat dan polis. 

“Kita akan mengekalkan penyertaan orang awam dalam program ini dan melihat persiapan yang perlu disediakan dalam skala besar,” katanya. 

Mohd. Shuhaily berkata, penyertaannya dalam program itu mengingatkan beliau dengan kenangan ketika kanak-kanak dalam pelbagai aktiviti lasak. 

“Bila sertai program seumpama ini, kita mengimbau kembali masa ketika kanak-kanak yang memanjat tembok dan sebagainya. 

“Ia menggamit kembali kenangan silam sambil bersukan sekali gus melihat ketahanan badan ketika ini sama seperti dulu atau tidak,” ujarnya.

Ketika menyertai program berkenaan, Mohd Shuhaily mengalami luka di bahagian dahi yang berdarah, namun beliau tetap meneruskan halangan sehingga  menamatkan kesemua cabaran. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya