KL berpesta gol benam Perak 4-0 - Utusan Malaysia

KL berpesta gol benam Perak 4-0

WAN Zack Haikal Wan Noor (kanan) baru sahaja menandatangani kontrak setahun lagi dengan Perak FC. - UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Perak FC terkulai ditangan Kuala Lumpur City FC apabila tumpas 0-4 kepada skuad warga kota itu dalam saingan Liga Super di Stadium Perak sebentar tadi.

Jangkaan Perak mampu mengulangi momentum seperti ketika menentang Penang FC dan Kedah Darul Aman (KDA) sebelum ini ternyata meleset.

Sebaliknya, anak buah Yusri Che Lah bagaikan bertemu ‘buku dengan ruas’ apabila dibaham dengan tiga gol pada babak kedua perlawanan.

Perak berjaya memberi saingan selama 29 minit sebelum kubunya mula dirobek oleh jaringan Chetche Kipre pada minit ke-30.

Kedudukan itu bertahan sehingga rehat tetapi anak buah Nenad Bacina seperti ‘cencaru makan petang’ apabila menyumbat tiga gol dalam baki 45 minit permainan.

Sebastian Osbol Avanzini memulakan keruntuhan kubu tuan rumah selepas dua minit saingan babak kedua berlangsung dengan tandukan kencang ke dalam gawang.

Perak turut mencipta peluang tetapi palang menjadi penghalang rembatan Wan Zack Haikal Wan Nor pada minit ke-50.

Lima minit kemudian Paulo Jasue menghukum benteng tuan rumah apabila tandukannya melepasi T. Shaheeswaran pada minit ke-55.

Walaupun Perak cuba mencari gol tetapi tidak dapat mengatasi kelebihan naib juara Piala FA itu.

Malah pemain gantian, Sean Gan Gianelli melengkapkan kemenangan pasukan warga kota dengan menyumbat gol keempat Kuala Lumpur pada minit ke-86. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya