KKM sedang siasat punca kes batuk kokol di Rompin

KKM sedang siasat punca kes batuk kokol di Rompin

ZALIHA MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) sedang menjalankan siasatan bagi mengenal pasti punca wabak pertussis atau batuk kokol membabitkan tiga individu dalam sebuah keluarga yang berlaku di Kampung Bahagia, Rompin, Pahang.

Menteri Kesihatan, Dr. Zaliha Mustafa berkata, berdasarkan penemuan awal, punca wabak itu berkemungkinan bermula dari ibu keluarga berkenaan, namun siasatan lanjut masih dijalankan.

“Yang itu kita tengah siasat punca daripada keluarga yang mendapat sakit batuk kokol, (berdasarkan) penemuan awal mungkin ia bermula dari ibunya tapi itu pun kita kena buat siasatan lanjut.

“Kes yang berlaku di Rompin itu hanya (membabitkan) tiga kes dan ia dalam kawalan,” katanya menerusi sidang akhbar selepas Sesi Menandatangani Nota Persefahaman Kerjasama Strategik Bidang Kesihatan dan Kebombaan di sini hari ini.

Pada Sabtu lalu, Jabatan Kesihatan Negeri Pahang (JKNP) mengesahkan satu kes jangkitan pertussis (batuk kokol) dikesan di Kampung Bahagia, Rompin.

Pengarahnya, Datuk Dr. Nor Azimi Yunus dalam kenyataan berkata, Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Rompin melaporkan kes berkenaan baru-baru ini, yang melibatkan satu keluarga iaitu seorang ibu serta dua anaknya dan keadaan adalah terkawal.

Beliau berkata, semua pesakit telah diberi rawatan dan berada dalam keadaan stabil, manakala PKD Rompin meningkatkan aktiviti pencegahan serta kawalan di persekitaran kawasan tempat tinggal pesakit. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya