KKD bincang telco tawar pakej internet lebih murah kepada media

KKD bincang telco tawar pakej internet lebih murah kepada media

FAHMI Fadzil bergambar selepas menyampaikan Jalur Gemilang kepda ketua komuniti pada Program Merdeka @Komuniti DUN Dengkil di Dengkil, Selangor. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG: Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) akan berbincang dengan syarikat telekomunikasi (telco) bagi menawarkan pakej internet lebih murah kepada petugas media di negara ini.

Menterinya, Fahmi Fadzil berkata, beliau memberi jaminan akan membawa perkara itu esok ketika perbincangan dengan syarikat telco.

“Saya akan cuba bincang dengan pihak telco pada pagi esok dan kita tunggu keputusan.

“Saya akan bangkitkan perkara ini dan sama ada esok mereka setuju atau tidak,” katanya ketika ditemui pada Majlis Penyampaian Watikah Komuniti Madani Peringkat Zon Selatan Negeri Selangor 2023, di sini hari ini.

Katanya, pengumuman mengenai pengurangan harga bagi pakej internet ini sudah dibuat secara berkala sejak bulan Mac lalu.

Fahmi berkata, beliau percaya usaha dilakukan KKD dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) membolehkan banyak lagi inisiatif pengurangan pakej internet diumumkan sama ada untuk pengguna dan media.

“Malah, bermula September ini, harga pakej jalur lebar rata-rata akan berkurangan selepas kita melaksanakan Standard Mandatori Mengenai Harga Capaian (MSAP),” katanya.

Mengulas mengenai pengumuman pakej talian pasca bayar kepada penjawat awam esok, Fahmi berkata, kenyataan media berhubung perkara itu akan dikeluarkan bagi mengurangkan beban buat semua pengguna dalam kalangan penjawat awam. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya