Khidmat gunting rambut RM10 kumpul duit buat belanja kawin

Khidmat gunting rambut RM10 kumpul duit buat belanja kahwin

NUR Imran Hasmady menggunting rambut seorang pelanggannya, Muhammad Syakir Abdul Latif di kawasan rekreasi, Pantai Kekabu, Marang, Terengganu, semalam. – UTUSAN/PUQTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MARANG: Berbekalkan kanvas sebagai tikar dan kerusi pelanggan serta bonet kereta untuk meletakkan peralatan, seorang tukang gunting rambut menjadi tumpuan orang ramai yang berkunjung ke Pantai Kekabu di sini.

Nur Imran Hasmadi, 25, berkata, dia memanfaatkan cuti setiap Jumaat untuk menawarkan perkhidmatan menggunting rambut sebagai inisia­tif mengumpul wang untuk melangsungkan perkahwinan Disember ini. Menurutnya, dia mula menggunting rambut pe­langgan secara terbuka di kawasan rekreasi tumpuan awam itu sejak April lalu.

“Sejak saya di sekolah menengah, memang ambil upah gunting rambut kawan secara suka-suka dan selepas tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) saya terus bekerja di beberapa kedai gunting rambut untuk mencari pengalaman.

“Sekarang ini, saya bekerja di kedai gunting rambut Mat Barber cawangan Marang dan setiap cuti hari Jumaat, saya gunting rambut pelanggan secara terbuka di sini untuk cari duit tambahan. “Harga hanya RM10 tak kira dewasa atau kanak-kanak. Saya mula menggunting rambut pada pukul 3 petang dan akan pulang hampir Maghrib,” katanya.

Secara purata, dia mendapat kira-kira 10 pelanggan dalam tempoh tersebut dan kebanyakan pelanggan yang berpuas hati dengan hasil kerjanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya