Kes saman S.M. Faisal - Caprice mungkin selesai Jumaat

Kes saman S.M. Faisal – Caprice mungkin selesai Jumaat

CAPRICE dan Mondy Tattoo diarah memadamkan semua video berkaitan Ebit Lew di platform media sosial mereka.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kes saman di antara ahli perniagaan, Datuk S.M. Faisal Nasimuddin terhadap penyanyi, Caprice dijangka selesai, Jumaat ini.

Sehubungan itu, Hakim Mahkamah Sesyen, Azian Othman mengarahkan agar kedua-dua pihak itu hadir pada 4 Ogos ini.

Menurut peguam, Ardy Suffian Akberdin, kes itu tidak dapat diselesaikan semalam kerana terdapat beberapa isu seperti kos yang perlu dimuktamadkan.

Tambah rakannya, peguam Farah Dinah Abu Bakar, anak guam menereka, S.M. Faisal tiada di Malaysia pada ketika ini dan mereka perlu mendapatkan arahan lanjut mengenai isu tersebut.

“Hari ini (semalam) S.M Faisal (plaintif) tidak dapat hadir kerana berada di luar negara dan akan balik pada 3 Ogos ini (Khamis). Pihak-pihak perlu hadir untuk penyelesaian.

“Sebenarnya defendan (Caprice) minta plaintif untuk tarik balik kes tetapi kami ingin memasukkan perintah penyelesaian. Bila ada perintah penyelesaian, pihak-pihak boleh minta maaf (dan) dua-dua kena tutup mulut. Kalau ada yang langgar (perintah), ia akan jadi hina mahkamah. Kalau tarik balik kes, ia seolah-olah tiada apa berlaku,” kata peguam itu.

Pada prosiding semalam, Caprice atau nama sebenarnya, Ariz Ramli, 36, hadir di mahkamah ditemani peguamnya.

Sekiranya pihak-pihak tidak dapat mencapai persetujuan, kes itu dteruskan perbicaraan sebagaimana yang ditetapkan oleh mahkamah sebelum ini iaitu pada 4 hingga 6 Oktober ini.

S.M Faisal, 43, selaku plaintif memfailkan saman itu pada 15 Ogos 2022 atas dakwaan penyanyi itu telah membuat pernyataan berbaur fitnah berhubung perintah pemenjaraan oleh Mahkamah Tinggi Syariah di sini, terhadap bekas isterinya selepas gagal mematuhi perintah mahkamah.

Plaintif mendakwa insiden itu kemudian dimanipulasikan oleh pihak-pihak tertentu dengan niat mala fide (niat jahat) tanpa sebarang rujukan atau klarifikasi daripada pihak plaintif.

Kata plaintif, sehari selepas itu, defendan dengan niat sama turut mengherdik, mencemuh dan memburukkan plaintif atau Mahkamah Syariah dengan memuat naik video atau hantaran melalui Instagramnya pada 28 Jun 2022.

Jelas plaintif, tindakan defendan itu menyebabkan plaintif berasa tertekan dari segi emosi selain cemuhan dan gangguan daripada pihak-pihak yang ada kaitan atau menyokong kempen untuk menjatuhkan plaintif.

Dalam pada itu, plaintif turut mendakwa hubungannya dan keluarga serta fokus kerjayanya juga terkesan dan terganggu.

Pernyataan saman itu turut menyebut hantaran fitnah itu mengakibatkan plaintif mengalami keaiban, penghinaan, cemuhan, tohmahan, cacian, ejekan atau kebencian dalam kalangan masyarakat.

Justeru plaintif memohon suatu perintah injunksi mandatori terhadap defendan untuk mengeluarkan atau memadamkan hantaran fitnah tersebut yang diterbitkan, dimuat naik, disebarkan atau disiarkan yang mengandungi kenyataan-kenyataan fitnah terhadap plaintif.

Selain itu, plaintif turut menuntut suatu injunksi kekal menghalang defendan sama ada oleh dirinya sendiri, sekutunya, ejennya atau sesiapa sahaja daripada memuat naik, menyebarkan, menyiarkan,menerbitkan, mengedarkan atau menghebahkan dengan apa cara sekalipun. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya