Kertas siasatan babit perhimpunan LGBT masih di Pejabat Peguam

Kertas siasatan babit perhimpunan LGBT masih di Pejabat Peguam Negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kertas siasatan membabitkan perhimpunan mempunyai unsur lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) di hadapan pusat beli belah Sogo, di sini 29 Julai lalu masih menunggu arahan selanjutnya daripada Pejabat Peguam Negara.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid berkata, kertas siasatan sudah diserahkan ke Pejabat Peguam Negara dan sedang menunggu maklum balas.

“Kertas siasatan masih ada di Pejabat Peguam Negara dan kita sedang menunggu maklum balas,” katanya di sini hari ini.

Media sebelum ini melaporkan lapan lelaki ditahan disyaki menyertai perhimpunan mempunyai unsur LGBT di hadapan pusat beli belah Sogo, di sini, pada 29 Julai lalu.

Suspek yang menyertai perhimpunan itu menyatakan di Malaysia ini hak-hak LGBT disekat dan mereka melaungkan ‘down syariah court’ sambil memegang kain rentang.

Hasil siasatan mendapati mereka ini adalah ahli The Ahmadi Religion of Peace and Light dan kebanyakan yang ditahan sudah menyertai kumpulan itu hampir dua tahun.

Mereka berusia antara 18 hingga 56 tahun kemudian dibebaskan dengan jaminan polis selepas tempoh reman sehari tamat pada 30 Julai lalu.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya