Kerosakan mekanikal treler punca rempuh tujuh kenderaan

Kerosakan mekanikal punca treler rempuh tujuh kenderaan

KEADAAN kemalangan membabitkan treler dan tujuh kenderaan lain di Jalan Kuala Lumpur- Ipoh, Gombak hari ini
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kemalangan membabitkan sebuah treler serta tujuh kenderaan lain hingga menyebabkan kesesakan luar biasa selama dua jam di Kilometer (KM) 14 Jalan Kuala Lumpur-Ipoh di sini, hari ini.

Kemalangan pukul 11 pagi itu dipercayai berlaku akibat kerosakan mekanikal sebuah treler sehingga melanggar tujuh kenderaan lain di belakangnya.

Pemangku Ketua Polis Daerah Gombak, Superintenden Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata, siasatan awal dilakukan mendapati kemalangan berlaku ketika treler jenis Volvo membawa batang besi dari arah Kuala Lumpur menghala ke Rawang.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian yang juga jalan mendaki, treler berkenaan telah mengundur akibat kerosakan mekanikal sebelum melanggar tujuh kenderaan yang berada di belakangnya di kedua-dua lorong.

“Tujuh kenderaan yang dilanggar adalah sebuah lori jenis Isuzu, sebuah van jenis Nissan Vannette, sebuah motosikal Honda EX5 dan empat kereta,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Noor Ariffin berkata, kemalangan menyebabkan pemandu treler patah tangan, manakala mangsa lain hanya cedera ringan.

Jelasnya, insiden itu juga menyebabkan treler melintang di tengah jalan dan mengakibatkan kesesakan luar biasa.

“Semua kenderaan yang terbabit dalam kemalangan itu berjaya dialihkan dan laluan terbabit boleh dilalui pengguna pada 12.45 tengah hari.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya.

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan untuk menghubungi pegawai penyiasat trafik, Inspektor Mohd Shaifuddin Mohd Nor di talian 017-6645812 atau 03-61262222.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya