Kerjasama KKM-JBPM pindah pesakit, pasukan perubatan

Kerjasama KKM-JBPM pindah pesakit, pasukan perubatan

ZALIHA Mustafa dan Nga Kor Ming menyaksikan pertukaran NoU yang ditandatangani antara KKM dan KPKT di KKM Putrajaya. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) meningkatkan kerjasama terutama bagi pemindahan pesakit dan pasukan perubatan di hospital atau fasiliti kesihatan seluruh negara terutamanya di kawasan Semenanjung.

Perkara itu antara dicapai Nota Persefahaman (NoU) yang ditandatangani antara KKM dan Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) demi meningkatkan keupayaan serta kualiti penyampaian perkhidmatan kedua-kedua agensi berkenaan kepada masyarakat.

Menurut Menteri Kesihatan, Dr. Zaliha Mustafa, antara yang terkandung di dalam NoU berkenaan termasuklah kerjasama strategik dalam pengurusan bencana, penggunaan sumber secara holistik dan perkongsian kepakaran.

Ini termasuk dalam soal pengetahuan serta pengurusan peruntukan kewangan yang lebih cekap sekali gus memberikan manfaat yang maksimum.

“Kolaborasi di antara KKM dan JBPM telah bermula sejak tahun 2016 lagi melalui inisiatif Strategi Lautan Biru dan akan diteruskan supaya dapat memberi manfaat kepada rakyat.

“Kerjasama ini juga membolehkan KKM turut menggunakan aset JBPM serta berkongsi dari sudut pengalaman, kepakaran, latihan perubatan dan sebagainya,” katanya menerusi sidang akhbar selepas Sesi Menandatangani NoU Kerjasama Strategik Bidang Kesihatan dan Kebombaan di sini hari ini.

Dalam pada itu, Dr. Zaliha berkata, inisiatif Emergency Medical Air Ambulance Rescue Services (EMARS) yang dilancarkan pada April lalu merupakan inovasi JBPM dalam membantu KKM mengembangkan perkhidmatan kesihatan dan kebombaan terutamanya kepada masyarakat luar bandar dan kawasan terpencil.

Jelasnya, melalui kerjasama itu JBPM mendapat bantuan daripada KKM berkaitan latihan Advance First Responder (Basic Course) di mana pegawai-pegawai bomba dilatih sehingga diiktiraf KKM dan seterusnya layak menganggotai pasukan Emergency Medical Rescue Services (EMRS).

“Sehingga kini, JBPM mempunyai seramai 1,860 pegawai bomba yang ditauliahkan oleh KKM bagi pasukan EMRS yang ditempatkan di 197 balai bomba seluruh negara, termasuk 104 orang yang layak ditauliahkan sebagai pegawai penguji bagi menentukan kompetensi dan kemahiran pegawai EMRS sentiasa mencapai tahap yang diperlukan.

“KKM amat berharap menerusi kolaborasi strategik bersama JBPM ini dapat mempertingkatkan usaha kementerian dalam mengurangkan tempoh masa perjalanan bagi pemindahan pesakit yang berada dalam kategori kritikal yang memerlukan rawatan segera serta meminimakan risiko kematian,” ujarnya.

Sementara itu, Menteri KPKT, Nga Kor Ming berkata, beliau percaya melalui jalinan kerjasama tersebut kerajaan mampu menjimatkan kos kira-kira RM15 juta setahun menerusi inisiatif EMARS yang diperkenalkan.

“Kalau satu penggal iaitu lima tahun kita jangka dapat jimat RM75 juta. Ia merupakan satu penjimatan yang besar dan dapat membawa manfaat kepada rakyat.

“Oleh kerana sekarang kita pakai sumber dan juga kepakaran sedia ada di antara kedua-dua kementerian ini jadi dari segi kecekapan, penjimatan masa dan kos semuanya akan dapat dipertingkatkan,” kayanya.

Beliau turut memberi contoh usaha kolobrasi ini dapat menyelamatkan seorang pesakit jantung dalam keadaan kritikal di Pulau Langkawi melalui EMARS pesakit sempat dihantar ke hospital di Lembah Klang untuk menjalani pembedahan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya