Kerja keras terbalas, Khairul Aming dinobat Creator of The Year - Utusan Malaysia

Kerja keras terbalas, Khairul Aming dinobat Creator of The Year

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pempengaruh media sosial dan usahawan terkenal, Khairul Aming menepati ramalan apabila menggondol anugerah utama, Creator of The Year sempena Anugerah TikTok Malaysia 2023 malam tadi.

Khairul atau nama sebenarnya Khairul Amin Kamarulzaman mengenepikan lima pencabar lain termasuk Sally yang popular dengan akaun TikTok sallywhoo; Boss James (bossjames_eo); Lawyer Gandhi (lawyerghandi); Auntie Purple (auntiepurple248) dan Ceddy (ceddyyornot).

Usahawan yang berasal dari Kelantan itu menyifatkan kemenangan tersebut sebagai hadiah paling berharga sepanjang lapan tahun bergelar pencipta kandungan di negara ini.

“Ini kali pertama saya memenangi anugerah dan kerana itu saya sebak ketika berucap selepas diumumkan sebagai pemenang sebentar tadi.

“Alhamdulillah, penghargaan ini adalah untuk hasil kerja keras menghasilkan kandungan media sosial. Lapan tahun saya berdepan cabaran, tampil dengan idea dan cara baharu untuk menjadi relevan.

“Terima kasih kepada pengundi dan yang menyokong saya sejak lapan tahun lepas. Kerana mereka saya berada di sini hari ini,” katanya.

Dalam masa yang sama, pempengaruh media sosial yang juga seorang pelakon, Ryan Bakery tidak pulang dengan tangan kosong apabila dinobatkan sebagai Popular Creator Of The Year.

“Kemenangan ini adalah rezeki yang saya kongsikan dengan isteri yang sedang mengandung anak sulung kami. Ini juga adalah berkat sokongan keluarga, sahabat dan mereka yang telah mengundi,” jelasnya.

Anugerah TikTok Malaysia bertempat di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa (MITEC) Malam tadi merupakan penganjuran sulung di negara ini yang mengiktiraf pencipta kandungan tempatan.

Majlis yang dianjurkan penuh meriah itu dihoskan pengacara terkenal seperti Izzue Islam, Sherry Alhadad dan Amelia Henderson.

Anugerah tersebut turut diserikan dengan persembahan barisan penghibur terkenal seperti Datuk Seri Siti Nurhaliza, Dolla, Marsha Milan, Ernie Zakri dan ramai lagi.

Senarai pemenang:

Anas Zahrin – TikTok Shop Creator of The Year

Syifa Jamil – Best of Foodie

Khalish Fitness – Best of Sports

Sultan Riq – Best of Gaming

Sir_Asai – Best of Education

Shahirazlan –  Best of Beauty & Fashion

Eiqamaleq – Best of Entertainment

Upinipin.official – Popular Animation Account of The Year

Tigerlabu – LIVE Creator of The Year

Ryanbakery – Popular Creator of The Year

Ikmaln0ur – Rising Star of The Year

Aerilzafrel8 – Celebrity of The Year

Khairulaming – Creator of The Year

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya