Kerajaan tidak apologetik pertahan Islam sebagai agama Persekutuan 

Kerajaan tidak apologetik pertahan Islam sebagai agama Persekutuan 

ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kerajaan Perpaduan tidak apologetik dalam mempertahan Islam sebagai agama Persekutuan sepertimana termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, malah kerajaan memelihara seluruh hak rakyat Malaysia dengan pelbagai latar belakang agama serta kepercayaan. 

Beliau berkata, tanpa kefahaman agama Islam yang tuntas, perkara itu akan mewujudkan kelompok dangkal dalam ilmu sekali gus melahirkan dua sisi esktrem iaitu kelompok mempromosi Islamophobia dan lawannya melampau dalam agama. 

“Saya singgung kepentingan menguasai, mendalami dan memahami al-Quran yang mengandungi mesej yang sarat dengan petunjuk.

“Tanpa kefahaman yang tuntas, ia akan mewujudkan kelompok yang dangkal dalam ilmu sekali gus melahirkan dua sisi esktrem iaitu kelompok yang mempromosi Islamophobia dan lawannya yang melampau dalam agama,” katanya dalam Facebook hari ini.

Terdahulu, Anwar berkata beliau dan isteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail menghadiri Majlis Perasmian Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-63 Tahun 1445H/202 M di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia (WTC) di sini, malam tadi..

Pada masa sama, Perdana Menteri berharap semua pihak mendapat manfaat daripada usaha memuliakan dan memartabat al-Quran dalam majlis itu dan seterusnya mengangkat kedudukan umat.

MTHQA berlangsung selama enam hari sehingga 24 Ogos ini melibatkan dua kategori iaitu pertandingan tilawah al-Quran dan pertandingan hafazan al-Quran.

Penganjuran MTHQA kali ini melibatkan seramai 76 peserta keseluruhannya dari 52 buah negara yang terdiri daripada 36 orang peserta tilawah dari 27 buah negara dan 40 orang peserta dari 30 buah negara.

Malaysia menghantar seramai empat peserta, masing-masing dua peserta bagi kedua-dua kategori yang dipertandingkan. – UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya