Kerajaan serah bantuan RM10,000 kepada keluarga Muhamad Hafiz

Kerajaan serah bantuan RM10,000 kepada keluarga Muhamad Hafiz

MUHAMAD Saleh Othman ditenangkan saudara mara ketika mengiringi jenazah anaknya yang dibawa ke Tanah Perkuburan Islam Masjid Al Huda di Kampung Jerung, Sungai Petani. -UTUSAN/SHAHIR NOORDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI PETANI: Kerajaan menyerahkan sumbangan kewangan sebanyak RM10,000 kepada keluarga Allahyarham Muhamad Hafiz Muhamad Saleh, 32, bagi membantu meringankan beban keluarga terbabit.

Timbalan Menteri Kewangan II, Steven Sim Chee Keong berkata, pihaknya juga bersedia membantu sebarang urusan keluarga Allahyarham di Kuala Lumpur dan perkara tersebut telah dimaklumkan kepada bapa mangsa, Muhamad Salleh Othman, 57.

“Kalau ahli keluarga nak ambil barang-barang arwah di Kuala Lumpur atau perlukan apa-apa bantuan, boleh hubungi saya atau mana-mana wakil kerajaan.

“Hari ini, saya hadir mewakili Menteri Pengangkutan, Anthony Loke untuk ziarah dan menyerahkan bantuan sebanyak RM10,000 kepada keluarga mangsa,” katanya ketika ditemui selepas majlis pengebumian di Kampung Jerung, di sini hari ini.

Terdahulu, jenazah penghantar makanan itu merupakan mangsa pertama nahas pesawat persendirian ringan jenis Beechcraft 390 (Premier 1) di Persiaran Elmina, Shah Alam yang sah dikenalpasti identiti melalui ujian asid deoksiribonukleik (DNA).

Nahas itu mengorbankan 10 nyawa termasuk Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelangai, Allahyarham Datuk Seri Johari Harun selain Muhamad Hafiz yang kebetulan melalui laluan itu ketika kejadian.

Kira-kira 1,000 penduduk, kenalan dan saudara mara serta masyarakat setempat memenuhi Tanah Perkuburan Islam Masjid Al Huda di kampung itu bagi memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya