Kerajaan Negeri Pulau Pinang pantau fenomena air pasang merah - Utusan Malaysia

Kerajaan Negeri Pulau Pinang pantau fenomena air pasang merah

CHOW KON YEOW
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

 

GEORGE TOWN: Kerajaan Negeri Pulau Pinang akan mendapatkan maklumat lanjut mengenai kejadian air pasang merah yang didakwa berlaku di perairan Teluk Bahang dan Sungai Pinang, Balik Pulau di sini yang menimbulkan kebimbangan dalam kalangan nelayan di kawasan berkenaan.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, pihaknya akan mendapatkan maklumat berkenaan daripada Jabatan Perikanan dan Jabatan Alam Sekitar serta memantau fenomena berkenaan.

”Kejadian berpunca daripada red waves (air pasang merah), ini memang satu gejala yang berlaku dari semasa ke semasa, saya dimaklumkan ada kejadian ini.

”Kita akan dapat maklumat daripada Jabatan Perikanan dan Jabatan Alam Sekitar, kita akan pantau kejadian ini,” katanya di sini hari ini.

FENOMENA air pasang merah yang melanda perairan Teluk Bahang sehingga ke Sungai Pinang di Balik Pulau, Pulau Pinang membimbangkan nelayan selepas ikan didapati mati.

Nelayan-nelayan di sekitar kawasan Teluk Bahang sehingga ke Sungai Pinang di Balik Pulau, di sini bimbang dengan fenomena yang didakwa sebagai air pasang merah melanda kawasan berkenaan sejak dua hari lalu.

Nelayan setempat mendakwa air pasang merah itu yang mengakibatkan ikan serta hidupan laut mati berlaku bermula kira-kira 1 kilometer iaitu di kawasan Muka Head sehingga ke kawasan pesisir pantai di sekitar Teluk Bahang, di sini.

Malah, kejadian sama turut dikesan di kawasan Sungai Pinang, di Balik Pulau dan ia turut mengakibatkan ikan timbul dipermukaan lalu mati.

Pengerusi Persatuan Nelayan Kawasan Teluk Bahang, Johari Mohamad berkata, nelayan menyedari kejadian tersebut selepas terdapat jalur-jalur berwarna merah di permukaan laut dan ikan secara tiba-tiba timbul di permukaan dan tidak lama kemudian mati.

Pengarah Pusat Kajian Samudera dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia (USM), Prof. Datuk Dr. Aileen Tan berkata, kejadian itu boleh dianggap sebagai air pasang merah (red tide bloom) dan ia berpunca daripada sejenis plankton yang dikenali Dinoflagellate, Noctiluca Scintillans.

Aileen berkata, kejadian air pasang merah tidak mempunyai kesan toksik namun terdapat kemungkinan kandungan amonia yang tinggi merengsakan ikan dan kadar oksigen yang rendah serta jumlah ammonia tinggi membuatkan ikan mati. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya