Kemudahan pendidikan ditingkatkan di Alur Limbat - Utusan Malaysia

Kemudahan pendidikan ditingkatkan di Alur Limbat

MOHD. Yuseri Isa (dua, kanan) menyantuni warga setempat pada program santai anak muda di Kampung Gelugor Kedai, Marang, hari ini. - UTUSAN/PUQTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MARANG: Calon Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Alur Limbat, Mohd. Yuseri Isa mahu memberi perhatian dalam menyediakan kemudahan pendidikan yang lebih baik kepada pelajar di kawasan itu sekiranya  memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 12 Ogos ini.

Menurut beliau, misi itu menjadi keutamaan bagi menampung keperluan pelajar yang semakin meningkat berikutan kepadatan penduduk di DUN tersebut.

Katanya, antara yang menjadi perancangan adalah membina sebuah sekolah rendah baharu selain menyediakan pusat tuisyen secara percuma kepada murid.

“Saya merupakan seorang bekas guru dan sebagai anak tempatan, saya mengambil maklum pelbagai isu membelenggu semua lapisan masyarakat di Alur Limbat.

“Dengan pengalaman menjadi warga pendidik, saya berhasrat meningkatkan tahap pembelajaran anak-anak kita ekoran pertambahan bilangan penduduk di sini.

“Sekolah rendah baharu serta pusat tuisyen percuma dapat membantu misi itu direalisasikan selain meringankan beban keluarga kurang berkemampuan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui ketika menyantuni masyarakat di Kampung Gelugor Kedai di sini, hari ini.

Selain itu, Mohd. Yuseri memberitahu, BN juga tidak meminggirkan petani dan penoreh getah yang terdapat di DUN berkenaan dalam membangunkan ekonomi penduduk setempat.

Menurutnya, keluhan dua golongan itu membabitkan isu bantuan serta sokongan daripada kerajaan perlu diberi perhatian bagi meningkatkan hasil pertanian masing-masing.

Pada PRN ini, Mohd. Yuseri akan mencabar calon Pas yang merupakan penyandang DUN, Ariffin Deraman.

Dalam  Pilihan Raya Umum Ke-14, Ariffin menewaskan Datuk Saiful Bahri Baharuddin (BN) dengan majoriti 4,194 undi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya