Kementerian Pengangkutan tidak 'menyibuk' siasat nahas udara 

Kementerian Pengangkutan tidak ‘menyibuk’ siasat nahas udara 

ANTHONY LOKE SIEW FOOK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kementerian Pengangkutan menegaskan tidak ‘menyibuk’ dan mencampuri  urusan siasatan nahas pesawat jenis Beechcraft Premier 1 dengan anggapan sesetengah pihak bahawa ia perlu diserah sepenuhnya kepada Polis Diraja Malaysia dan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM).

Menterinya, Anthony Loke Siew Fook berkata, adalah tugas hakiki Biro Siasatan Keselamatan Udara (BSKU) di bawah kementerian itu terlibat dalam urusan siasatan pesawat yang terhempas di Elmina, Shah Alam, minggu lalu.

“Ada pertanyaan daripada mereka yang mendakwa sebagai ‘pakar-pakar’ mengapa siasatan tidak dibuat oleh polis dan Kementerian Dalam Negeri sebaliknya Kementerian Pengangkutan.

“Ini bukan soal ‘menyibuk’ (campur tangan) tetapi tanggungjawab ke atas nyawa manusia dan keselamatan penerbangan. Ia juga adalah tugas hakiki di bahu BSKU.

“Biro ini melaporkan terus kepada Menteri Pengangkutan dan ia berada dalam struktur yang ditetapkan malah, CAAM juga tidak terbabit dalam siasatan kerana ia adalah entiti yang menjaga protokol dan standard keselamatan manakala BSKU, bertanggungjawab bila berlaku keselamatan udara,” katanya.

Beliau berkata kepada pemberita demikian selepas melancarkan Seminar Keselamatan Penerbangan anjuran Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM), di sini hari ini.

Nahas yang berlaku pada Khamis minggu lalu itu antaranya mengorbankan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelangai, Allahyarham Datuk Seri Johari Harun serta tujuh yang lain dalam pesawat serta seorang pemandu dan penunggang e-hailing yang sedang melalui lokasi kejadian.

Pesawat ringan itu berlepas dari Langkawi menuju Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS) mendapat kebenaran untuk mendarat jam 2.50 petang, namun terhempas dua minit sebelum mendarat. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya