Kementerian Pengangkutan mohon bantuan orang ramai kemuka gambar, video pesawat terhempas di Elmina

Kementerian Pengangkutan mohon bantuan orang ramai kemuka gambar, video pesawat terhempas di Elmina

ANTARA serpihan kapal terbang terhempas di Elmina, Shah Alam Selangor. - UTUSAN/SHIDDIEQIIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kementerian Pengangkutan memohon bantuan orang awam yang mempunyai sebarang bentuk rakaman video atau gambar relevan melibatkan pesawat terhempas di Elmina, Shah Alam pada 17 Ogos lalu.

Kementerian itu dalam satu kenyataan memaklumkan, mana-mana pihak boleh tampil mengemukakan bahan berkenaan kepada Biro Siasatan Kemalangan Udara (BSKU) di bawah Kementerian Pengangkutan Malaysia melalui emel [email protected].

Katanya, ini bagi membantu siasatan yang sedang dijalankan ketika ini, memandangkan laporan awal siasatan perlu disediakan dalam tempoh 30 hari dari tarikh kejadian kemalangan udara tersebut.

“Tujuan utama penyiasatan dilaksanakan adalah untuk menentukan hal keadaan dan punca kemalangan dengan tujuan untuk menyelamatkan nyawa dan mengelakkan berlaku kemalangan yang sama pada masa hadapan. Dalam hal ini, penyiasatan yang dilaksanakan tidak bertujuan membuktikan kesalahan atau liabiliti.

“Untuk membantu kerja-kerja siasatan, Kementerian Pengangkutan memohon bantuan orang awam atau mana-mana pihak yang mempunyai sebarang bentuk rakaman video atau gambar yang relevan untuk tampil mengemukakan bahan berkenaan kepada BSKU melalui emel,” katanya.

Di samping itu, Kementerian Pengangkutan juga memohon kerjasama orang awam yang berada berdekatan tempat kejadian dan menyaksikan kemalangan tersebut untuk berhubung dengan BSKU melalui emel atau talian untuk membantu siasatan kemalangan udara tersebut.

“Kementerian Pengangkutan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada orang awam di atas kerjasama yang diberikan untuk membantu siasatan,” katanya.

Di kesempatan ini, Kementerian Pengangkutan juga merayu kepada orang awam untuk tidak menyebarluaskan imej dan video mangsa yang terkorban dalam kemalangan udara tersebut.

“Perbuatan sedemikian akan menimbulkan kekeliruan dan spekulasi yang bukan sahaja menganggu siasatan kemalangan udara, bahkan menyinggung perasaan keluarga waris mangsa,” katanya.

Untuk pertanyaan lanjut, orang ramai boleh menghubungi talian khas BSKU 03-8892 1235. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya