Kemenangan PN manifestasi, referendum rakyat tolak PH-BN di Pulau Pinang - Utusan Malaysia

Kemenangan PN manifestasi, referendum rakyat tolak PH-BN di Pulau Pinang

MUHAMMAD FAUZI YUSOFF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

Oleh NORUL AKMA MOHD ZAIN

BUTTERWORTH: Pas Pulau Pinang menyifatkan keputusan Pilihan Raya Negeri Ke-15 (PRN) semalam adalah satu manifestasi dan referendum rakyat untuk menolak parti gabungan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) di negeri itu.

Pesuruhjayanya, Muhammad Fauzi Yusoff berkata, meskipun tiga daripada 10 calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Pas tewas, namun undi yang diperolehi mereka melebihi 40 peratus sekali gus menunjukkan gelombang kebangkitan rakyat telah berlaku.

“Inilah julung kali dalam sejarah Pas Pulau Pinang memenangi sehingga tujuh kerusi DUN sejak PRU pertama sehingga PRN Ke-15 ini, bermakna Pas memenangi 70 peratus daripada jumlah calon yang bertanding,” katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Muhammad Fauzi turut menang kerusi DUN Sungai Dua dengan majoriti 5,509 menewaskan lawannya yang juga Timbalan Pengerusi UMNO negeri, Datuk Shaikh Hussein Mydin yang bertanding atas tiket PH-BN.

Muhammad Fauzi menambah, kemenangan Pas di Pulau Pinang isyarat jelas yang mana penyokong Pas-PN tidak berkompromi dengan politik retorik seperti yang diamalkan oleh Kerajaan Negeri yang ditadbir oleh parti DAP.

“(Kemenangan) Ini bukan retorik, dan mereka menolak politik retorik, politik DAP dan juga PH yang selama ini tidak mengotakan janji mereka kepada rakyat sendiri.

“Justeru, kita berharap Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang bakal ditubuhkan nanti sedar dengan kehadiran suara rakyat ini dan jangan lagi menindas dan menekan mana-mana pihak yang tidak sealiran dan tidak bersetuju dengan mereka,” katanya.

Pada PRN kali ini, calon-calon Pas menang selesa di DUN Penaga; Pinang Tunggal; Permatang Berangan; Sungai Dua; Permatang Pasir; Sungai Bakap dan Pulau Betong.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya