KUALA LANGAT: Tiga kembar seiras mencuri tumpuan selepas menjadi antara 334 pelajar yang mendaftar dan melanjutkan pelajaran di Kolej Komuniti Kuala Langat (KKKL), di sini semalam. Pasangan kembar itu iaitu Fakhrul Amri Mohd. Razaki, Fakhrul Adli dan Fakhrul Asri masing-masing berusia 18 tahun tiba seawal pukul 8 pagi bagi menghadiri sesi pendaftaran. Suasana di Dewan Dato’ Haji Sidek itu bertukar riuh selepas tiga beradik tersebut hadir dengan berpakaian sedondon dengan berkemeja jalur hijau dan berseluar coklat. Tiga beradik dari Puchong itu turut memilih jurusan sama iaitu Sijil Teknologi Maklumat dan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya