Keluhan pekebun kecil getah selesai, permit PAT-G diperbaharui

Keluhan pekebun kecil getah selesai, permit PAT-G diperbaharui

PEKEBUN kecil sedang mengisi borang pembaharuan PAT-G yang melayakkan beliau untuk menerima bantuan IPG dan bantuan-bantuan kerajaan berkaitan di Kedah.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Keluhan seorang pekebun kecil di Kedah mengenai harga getah yang rendah berjaya diselesaikan selepas Permit Autoriti Transaksi Getah (PAT-G) miliknya diperbaharui sekali gus melayakkan beliau untuk menerima bantuan Insentif Pengeluaran Getah (IPG) dan bantuan-bantuan kerajaan berkaitan.

Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) dalam kenyataan memaklumkan, masalah pekebun kecil getah itu dikenal pasti ekoran permit PAT-G beliau sebelum ini tidak diperbaharui selepas pertemuan antara pihak kementerian dan pengadu diadakan pada 30 Julai lalu.

Dengan usaha ini, katanya, pekebun kecil tersebut akan menikmati insentif IPG yang dinaikkan daripada RM 2.50 sekilogram kepada RM2.70 sekilogram bermula Januari lalu.

“Ini adalah inisiatif kerajaan untuk menangani isu kejatuhan harga dan meningkatkan pendapatan pekebun kecil bagi meringankan beban mereka.

“Kenaikan Paras Harga Pengaktifan (PHP) sebanyak 20 sen ini memastikan pekebun kecil akan menerima hasil penjualan cuplump tidak kurang RM 2.70 sekilogram,”” katanya hari ini.

Untuk rekod, pekebun kecil adalah disyaratkan untuk memiliki PAT-G yang dikeluarkan Lembaga Getah Malaysia (LGM) secara percuma bagi sebarang aktiviti urus niaga getah dan sebagai syarat untuk pemberian insentif dan bantuan.

Untuk itu, kerajaan menggalakkan pekebun kecil untuk segera berdaftar dengan LGM melalui PAT-G bagi menikmati insentif dan bantuan kerajaan.

Bagi memudahkan urus niaga di peringkat pekebun kecil, LGM juga mewajibkan penggunaan RRIMNiaga kepada pelesen getah, selain rekod transaksi urusniaga adalah lebih telus dan proses penyaluran bantuan lebih mudah.

Ini kerana ia dapat dilakukan secara automatik dan pembayaran insentif akan disalurkan terus kepada akaun bank pekebun kecil.

Menurut KPK, sejak IPG mula dilaksanakan pada September 2015 sehingga 30 Jun lalu, kerajaan membelanjakan sebanyak RM457,526,196 juta bagi pembayaran IPG.

Jelasnya, kerajaan sentiasa melipat ganda usaha bagi membantu pekebun kecil getah dari semasa ke semasa termasuk memperhalusi cadangan kenaikan PHP IPG dan bantuan-bantuan lain yang bersesuaian untuk diagihkan kepada pekebun kecil, mengambil kira cabaran yang dihadapi sektor getah pada masa kini.

Selain itu, kementerian melalui LGM juga memperkenalkan pelbagai projek dan insentif lain bagi membantu pekebun kecil meningkatkan pendapatan termasuk Insentif Pengeluaran Lateks (IPL), Projek Transformasi Perusahaan Getah Negara (TARGET) dan pelaksanaan MyRol.

“LGM juga terus menggalakkan aktiviti pembangunan dan penyelidikan (R&D) untuk penghasilan klon-klon getah yang berkualiti tinggi untuk meningkatkan produktiviti dan automasi dalam sektor huluan industri getah.

“Ini termasuk melakukan kajian yang mendalam dalam sektor hiliran khususnya bagi enghasilan produk-produk berasaskan getah yang bernilai tambah,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya