Kelantan terendah, tidak capai 60 peratus keluar mengundi setakat 4 petang

Kelantan terendah, tidak capai 60 peratus keluar mengundi setakat 4 petang

PENGUNDI berswafoto bagi merakamkan kenangan selepas mengundi ketika tinjauan sekitar DUN Dengkil. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Negeri Kelantan mencatatkan peratusan keluar mengundi paling rendah iaitu tidak mencapai 60 peratus atau hanya 56 peratus pada hari pengundian biasa sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) setakat pukul 4 petang tadi.

Menurut sumber Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), bagaimanapun, hanya Terengganu merekodkan 70 peratus, manakala lain-lain negeri sekitar 60 peratus.

Bagi negeri Kedah, peratusan keluar mengundi adalah sebanyak 68 peratus, diikuti Pulau Pinang 67 peratus dan Selangor 65 peratus.

Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Terengganu yang diadakan serentak dengan PRN pula merekodkan 67 peratus.

SPR memaklumkan, peratusan keseluruhan akan dikeluarkan selepas pukul 6 petang atau waktu mengundi tamat yang dikemas kini dalam kenyataan media pada lewat malam nanti. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya