Kelantan dahului peratusan keluar undi awal 63 peratus setakat 11 pagi

Kelantan dahului peratusan keluar undi awal 63 peratus setakat 11 pagi

PETUGAS SPR membantu seorang anggota polis dalam proses undi awal di IPD Sepang. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA : Kelantan terus mendahului peratusan keluar mengundi awal pada Pilihan Raya Negeri (PRN) hari ini dengan merekodkan sekitar 63 peratus setakat pukul 11 pagi tadi.

Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), peratusan undi awal di Kedah pula mencatatkan 61 peratus, diikuti masing-masing 59 peratus di Pulau Pinang dan Terengganu.

Manakala di Negeri Sembilan sebanyak 60 peratus dan Selangor 55 peratus.

Bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Terengganu pula merekodkan 53 peratus. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya