Kejutan kempen akhir BN akibatkan PN berputih mata? - Utusan Malaysia

Kejutan kempen akhir BN akibatkan PN berputih mata?

PETUGAS jentera BN bekerja keras untuk mencapai kemenangan dalam PRN pada 12 Ogos ini. – UTUSAN/PUQTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ANALISIS

SUASANA kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) di Terengganu yang memasuki pusingan ke­dua semakin ‘panas’ menjelang hari pengundian pada 12 Ogos ini dengan jentera parti bertan­ding dijangka melakukan pecutan terakhir untuk menarik soko­ngan pengundi.

Selepas penamaan calon pada 29 Julai lalu, Perikatan Nasional (PN) dilihat lebih ghairah memasang bendera ‘bulan’ berbanding Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) di seluruh negeri Terengganu.

Ketua Penyelidik ILHAM Centre, Prof. Madya Dr. Mohd. Yusri Ibrahim berkata, PN kini berada pada posisi terkuat dan mempunyai peluang lebih cerah untuk menang majoriti kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu, sekali gus membentuk kerajaan negeri dengan majoriti selesa.

Malah analisis Pe­ngarah Pilihan Raya Pas Negeri Te­rengganu, Ariffin Deraman mendapati, peluang PN untuk menang semua 32 kerusi DUN sangat cerah berdasarkan trend undi pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) yang lalu.

Sememangnya sokongan kuat rakyat kepada PN sejak PRU15 sehingga PN menang di kesemua lapan kerusi Parlimen di Terengganu, agak sukar di­nafikan BN dan PH.

Namun memasuki pu­singan kedua kempen, kerja-kerja kempen termasuk cera­mah didapati tidak meriah berbanding PRU15.

Kelibat Muslimah Pas berpayung ‘hijau’ juga tidak banyak kelihatan memasuki kampung dan taman perumahan untuk berkempen.

Petugas jentera pilihan raya PN khususnya Pas lebih santai mungkin kerana mereka terlalu yakin kesemua 32 kerusi DUN berada dalam genggaman mereka.

Jentera BN semakin ‘berpeluh’ memban­ting tulang empat kerat bagi menggerakkan kempen memikat pengundi.

Calon dan petugas BN tidak cukup rehat berkempen hampir 24 jam setiap hari kerana menye­dari PN mendahului sejak awal kempen lagi.

Dalam keadaan tersebut, BN mampu melakukan kejutan ha­sil kempen pada saat-saat akhir dan kemungkinan berulang sejarah swing state dalam PRN ini.

PN mungkin berputih mata untuk mempertahan kemena­ngan kerana sikap pengundi di Terengganu agak luar biasa dan sukar diramal.

Berdasarkan rekod sebelum ini, Pas mampu mentadbir ne­geri dalam tempoh sepenggal sahaja. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya