Kedai tayar dikompaun, longgokan tayar punca denggi di Melaka

Kedai tayar dikompaun, longgokan tayar punca denggi di Melaka

NGWE Hee Sem (kanan) meninjau tayar-tayar terpakai yang dilonggokkan di hadapan sebuah premis tayar di Taman Paya Rumput, Cheng, Melaka. - UTUSAN/AMRAN MULUP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Gara-gara melonggokkan tayar terpakai sehingga mengakibatkan pembiakan jentik-jentik, lima premis dikenakan tindakan kompaun berjumlah RM2,500 dalam Op Tayar dilaksanakan Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) di sekitar daerah Melaka Tengah di sini, semalam.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan Melaka, Ngwe Hee Sem berkata, sebanyak 14 premis menjual tayar diperiksa dalam operasi bersepadu tersebut.

Menurutnya, tindakan kompaun dikeluarkan pihak berkuasa mengikut Seksyen 13 Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975.

“Operasi dilaksanakan berikutan peningkatan pemilik premis melonggokkan tayar terpakai di luar premis sehingga menjadi tempat pembiakan nyamuk Aedes.

“Masalah tayar terpakai yang dilonggokkan di luar premis seperti lorong belakang, tanah terbiar dan bahu jalan telah dikenal pasti sebagai salah satu tempat berpotensi peningkatan kes denggi di negeri ini.

“Hasil pemantauan dan risikan dijalankan penguat kuasa mendapati, ramai pengusaha premis tayar gagal menguruskan tayar-tayar terpakai,” katanya kepada pemberita selepas memeriksa sebuah premis di Taman Paya Rumput.

Tambah Hee Sem, pemilik premis sepatutnya meletakkan tayar terpakai di bawah struktur tertutup atau berbumbung bagi mengelakkan air hujan bertakung, khususnya pada musim hujan.

“Diharapkan operasi ini dapat memberi mesej dan impak penguatkuasaan kepada pengusaha premis tayar yang lain supaya sentiasa memastikan premis mereka bebas pembiakan Aedes,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya