Kedah ikut tema, logo Hari Kebangsaan kerajaan Pusat

Kedah ikut tema, logo Hari Kebangsaan kerajaan Pusat

MUHAMMAD Sanusi Md. Nor (tengah) pada sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco di Wisma Darul Aman, Alor Setar.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Kerajaan negeri akan menggunakan logo dan tema Hari Kebangsaan yang sama dengan Kerajaan Pusat untuk sambutan peringkat negeri pada tahun ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor berkata, tindakan itu selaras dengan keputusan kerajaan negeri Terengganu yang membuat keputusan sama, sebelum ini.

“Pendirian kita sama seperti Terengganu iaitu ikut Kerajaan Persekutuan. Tak ada isu apa pun kita menggunakan logo serta tema yang sama kerana sambutan itu di peringkat Persekutuan, jadi kita di negeri ikut sajalah.

“Kenapa nak timbulkan perbalahan kerana tindakan sebegini bukan bermakna kita setuju dengan perpaduan atau madani. Bubuh lah apa pun tetapi hati kita tetap macam kita. Yang penting semangat patriotik kerana slogan yang lepas pun kita lupa dah. 

“(Guna logo, tema sama) bukan (bermakna) kita nak ikut Pakatan Harapan (PH) tetapi kerana ia sudah dijadikan slogan nasional, maka kita ikut sajalah,” katanya dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco di Wisma Darul Aman di sini, hari ini.

Sementara itu, Muhammad Sanusi enggan lagi mengulas mengenai klip video tular baru-baru ini yang memaparkan dirinya mengetuk kepala seorang remaja perempuan menggunakan kertas.

“Benda dah selesai, tak payahlah tanya. Saya tak ada komen apa pun sebab bukannya saya buat salah apa pun. Apa Sanusi buat, semua nak jadi salah. Tak payahlah panjangkan cerita itu lagi,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut menempelak pihak yang mengkritiknya berhubung tindakan tersebut.

“Di Kuala Lumpur lagi banyak masalah, dia (pengkritik) duduk di Kuala Lumpurkan? Masalah (membabitkan) wanita paling banyak di sana dengan cengkaman dan tekanan hidup, masalah sosial, eksploitasi dan pengabaian wanita.

“Tetapi kamu datang dan kacau kes letak kertas atas kepala. Budak itu gelak sampai sekarang tetapi hangpa kata dia cedera. Tak boleh begitu kerana tindakan membesar-besarkan perkara yang remeh tidak langsung membantu masyarakat,” katanya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya