Kebajikan kumpulan marhaban Selangor dipertahan

Kebajikan kumpulan marhaban Selangor dipertahan

BORHAN Aman Shah berpeluang mencukur jambul beberapa bayi di Tanjung Sepat, Selangor. - UTUSAN/FAIZ ALIF ZUBIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LANGAT: Calon Pakatan Harapan (PH) bagi kerusi Tanjong Sepat, Borhan Aman Shah bersedia membantu isu kebajikan semua kumpulan marhaban di kawasan tersebut.

Malahan beliau yang juga Exco kerajaan Selangor sejak sepenggal lalu memberi jaminan akan tetap mempertahankan kewujudan setiap kumpulan tersebut di seluruh negeri itu.

“Insya-Allah saya ambil keputusan agar semua ahli kumpulan diberi sepersalinan pakaian baharu,” katanya ketika hadir menyertai program marhaban di Sungai Lang Tengah di sini semalam.

Beliau turut berpeluang mencukur ‘jambul’ beberapa bayi sebelum menyantuni kira-kira 70 anggota kumpulan yang diadakan di kediaman ketua kampung berkenaan, Mindar Katim.

Bercakap kepada Utusan Malaysia kemudiannya, beliau berasa bangga kerana kesemua kampung di Tanjong Sepat mempunyai pasukan marhaban tersendiri sejak dahulu lagi.

Setiap ahli kumpulan tersebut ujarnya, juga ada dibekalkan secara percuma baju kurung dengan warna sedondon untuk memberikan identiti unik kampung yang diwakili mereka.

Walau bagaimanapun jelas Borhan, pemberian khas tersebut tidak sempat diberikan pula pada tahun lepas dengan kali terakhir mereka ada menerimanya ialah sekitar 2021 lalu.

Pengerusi Tetap Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Kampung Tradisi, Istiadat Melayu, Kebudayaan dan Warisan itu berharap, bantuan sedemikian akan dapat dimanfaatkan sebagai dorongan kepada semua kumpulan memperkasakan aktiviti marhaban bagi menghidupkan kampung masing-masing.

TBorhan yang juga ialah Setiausaha PH Selangor dan Ketua Cabang PKR Sepang akan mempertahankan kerusi Tanjong Sepat dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-14.

Ketika itu, beliau yang kali pertama bertanding, berjaya menewaskan penyandangnya, Mohd. Haslin Hassan daripada Pas dan calon veteran Barisan Nasional, Karim Mansor. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya