KBS tetap bangga prestasi Azeem di Kejohanan Dunia - Utusan Malaysia

KBS tetap bangga prestasi Azeem di Kejohanan Dunia

ADAM Adli Abdul Halim (tiga dari kiri) menyampaikan hadiah kepada Azlina Mohd Ali, pemenang acara larian 10 kilometer Program Fit Malaysia Peringkat Negeri Perak di Ipoh. - UTUSAN/MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) tetap berbangga dengan prestasi bintang pecut remaja negara, Muhammad Azeem Fahmi biarpun gagal ke separuh akhir Kejohanan Olahraga Dunia di Budapest, Hungary.

Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli Abdul Halim berkata, kejayaan pelumba itu mengungguli pusingan awal dalam penampilan pertamanya di Kejohanan Dunia tetap dianggap baik.

“Pencapaiannya sungguh membanggakan. Ini kali pertama dia menyertai kejohanan ini,” katanya selepas merasmikan program Jelajah Fit Malaysia peringkat negeri Perak di sini hari ini.

Azeem, 19, mencatat masa terpantas 10.24 saat pada saingan kedua pusingan kelayakan 100 meter kejohanan tersebut.

Bagaimanapun catatan itu jauh daripada catatan peribadi terbaik yang juga rekod kebangsaan 10.09s.

Azeem gagal ke separuh akhir selepas menduduki tempat ketujuh perlumbaan dengan catatan 10.26s.

Adam Adli berkata, tiada insentif buat Azeem berikutan pencapaianya di Hungary itu.

“Sebenarnya Azeem memang berada di bawah perhatian KBS dengan menerima insentif tertentu untuk menjalani latihan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya