Kayveas fail mohon batal lantikan Maglin sebagai Presiden MyPPP

Kayveas fail permohonan batal pelantikan Maglin sebagai Presiden MyPPP

gombak setia
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Bekas Senator, Tan Sri M. Kayveas telah memfailkan semakan kehakiman bagi membatalkan pelantikan Datuk Seri Maglin Dennis D’Cruz sebagai Presiden Parti Progresif Penduduk Malaysia (MyPPP).

Permohonan semakan itu difailkan pada 7 Julai lalu di Mahkamah Tinggi di sini melalui firma guaman, Tetuan Kesavan.

Kayveas selaku pemohon menamakan Menteri Dalam Negeri dan Pendaftar Pertubuhan Malaysia (RoS) sebagai responden pertama dan kedua.

Berdasarkan permohonan yang difailkan, antara lain mendakwa, alasan tindakan pegawai daripada Bahagian Pendaftaran Negara dan Pertubuhan, Kementerian Dalam Negeri, Badrul Hisham Alias, mewakili responden pertama meluluskan rayuan myPPP melalui surat bertarikh 11 April lalu adalah salah di sisi undang-undang.

Beliau mendakwa, kedua-dua responden gagal mengambil kira bahawa Mesyuarat Agung Tahunan Ke-67 yang diadakan pada 19 Mac lepas di mana Maglin telah dilantik sebagai Presiden MyPPP adalah tidak sah berikutan 13 individu yang hadir pada mesyuarat itu telah dilucutkan keahlian mereka berkuat kuasa pada 25 April 2018.

Menerusi semakan sistem mahkamah, permohonan itu akan didengar di hadapan Hakim Datuk Amarjeet Singh pada 3 Ogos ini.

Oleh itu, Kayveas memohon untuk membatalkan keputusan  melalui surat bertarikh 11 April lalu yang meluluskan rayuan pembatalan pendaftaran parti tersebut.

MyPPP dibatalkan pendaftarannya pada 14 Jan 2019.

Pada 19 Mac lalu, MyPPP melantik Datuk Seri Maglin Dennis D’Cruz sebagai Presiden baharu selepas beliau menang tanpa bertanding pada pemilihan parti ketika Mesyuarat Agung Tahunan (AGM).

Selain itu, bekas Calon Bebas pada Pilihan Raya Umum ke-15 itu juga memohon deklarasi bahawa Mesyuarat Agung Tahunan yang diadakan pada 19 Mac lalu adalah tidak sah.

Beliau turut memohon pengisytiharan bahawa pelantikan Maglin sebagai Presiden MyPPP adalah tidak sah kerana melanggar perlembagaan myPPP. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya