Kalau betul sayang yang pertama, tiada kahwin isteri kedua - Shila Amzah - Utusan Malaysia

Kalau betul sayang yang pertama, tiada kahwin isteri kedua – Shila Amzah

KUALA LUMPUR, 11 NOVEMBER 2022 - Sesi fotografi bersama artis, Shila Amzah ketika sidang akhbar separuh akhir Muzik Muzik ke-37 di Petaling Jaya Performing Arts Centre, One Utama di sini hari ini. GAMBAR - AMIR KHALID / PEMBERITA - FAIZAL ( UTUSAN ) / SYARFA ( KOSMO )
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Berkongsi pendapat di media sosial, penyanyi, Shila Amzah meluahkan rasa ‘berang’ apabila tular video seorang lelaki yang dikatakan ‘memujuk’ isteri pertamanya sebelum melangsungkan pernikahan dengan wanita lain.

Jelas Shila, seorang lelaki tidak perlu ‘memujuk’ dan memuat naik hantaran penghargaan semata-mata untuk membuktikan cinta terhadap isteri pertama apatah lagi sebelum menikahi wanita lain.

“Kalau anda betul sayang isteri pertama, tiadanya nak kahwin isteri kedua. Walaupun dapat izin daripada isteri pertama itu.

“Eh baran eh tgk TikTok hari ini. Fikir logik sahajalah, jangan nak buat hantaran penghargaan panjang berjela nak tunjuk bagaimana anda menghargai isteri pertama sedangkan mahu menduakannya,” kongsi Shila di aplikasi X.

Luahan penyanyi Patah Seribu itu mendapat pelbagai reaksi termasuk segelintir lelaki yang tidak berpuas hati dan menganggap Shila merendahkan agam kerana bercakap soal poligami.

Menjawab reaksi tersebut, Shila bagaimanapun menjelaskan dia tidak merendahkan agama hanya kerana bercakap tentang perkara yang dibenarkan dalam Islam.

“Tak ada orang nak merendahkan agama. Jangan bercakap bagi pihak saya.

“Lelaki manipulatif mula menjelmakan diri sedikit demi sedikit di ruangan balas,” ujarnya.

Tular di media sosial seorang pempengaruh memuat naik video ‘memujuk’ isteri pertama usai solat bersama beberapa sebelum menikahi wanita lain.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya