Kalau ada, adalah - Rita Nadira jawab isu bercinta dengan Chubb- E - Utusan Malaysia

Kalau ada, adalah – Rita Nadira jawab isu bercinta dengan Chubb- E

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon, Rita Nadira, 26, menolak persepsi kononnya dia menjalinkan hubungan istimewa dengan penyanyi, Chubb – E.

Kata Rita dia dan penyanyi berusia 24 tahun itu hanya kawan rapat dan bukan pasangan bercinta seperti disangkakan ramai pihak.

“Saya pun tak sangka boleh berkawan baik dengan dia.

“Kami dua-dua individu introvert yang jarang keluar rumah. Tapi dia lebih introvert sebab lebih selalu di rumah.

“Kami tak ada hubungan istimewa. Sama ada dia ada perasaan pada saya atau tidak, saya tak tahu. Itu kena tanya dia,” katanya sewaktu hadir menjayakan sesi fotografi di Petaling Jaya, baru-baru ini.

Dalam pada itu, Rita memaklumkan tumpuannya pada ketika ini bukan mencari pasangan hidup, tetapi membina kerjaya untuk membantu keluarga.

“Bila orang tanya pasal teman istimewa, jawab saya, kalau ada, adalah.

“Fokus utama saya buat masa ini bukan bercinta.

“Saya nak kerja, kumpul duit dan beli rumah untuk orang tua saya,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya