JTMP syukur kontrak disambung lebih lama

JTMP syukur kontrak disambung lebih lama, hargai keprihatinan KKM 

DR. ZALIHA MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Juruteknologi Makmal Perubatan (JTMP) menyatakan penghargaan kepada Kementerian Kesihatan kerana bersetuju menyambung kontrak baharu dan dengan tempoh lebih lama. 

Jurucakapnya, Darrell Robert berkata, ini selepas pelbagai usaha dilakukan selama hampir enam bulan penantian bagi kontrak mereka yang berakhir pada Februari 2023 untuk Lantikan Fasa 4 dan fasa seterusnya yang sebelum ini tiada hala tuju. 

Katanya, sambungan kontrak itu sekali gus menunjukkan bahawa Menteri Kesihatan, Dr. Zaliha Mustafa tidak meminggirkan mereka sebagai salah satu skim kesihatan terpenting dalam Kementerian Kesihatan. 

“JTMP kontrak Malaysia bersyukur kerana dapat dipertemu dengan Menteri (Dr. Zaliha Mustafa) yang sangat bertanggungjawab dan teliti dengan setiap permasalahan profesion-profesion di Malaysia.

“Kami berharap dalam tempoh kontrak baharu iaitu tiga tahun ini supaya menteri dapat membuat pertimbangan menyerap kami ke perjawatan tetap di dalam kementerian untuk menampung keperluan kakitangan yang diperlukan di fasiliti kesihatan.

“Kami terbuka dan bersedia untuk terlibat dalam sesi libat urus atau perjumpaan pada masa akan datang. Kami akan sentiasa menyokong usaha berterusan menteri untuk menambah baik fasiliti kesihatan dan perjawatan dalam kementerian,” katanya hari ini. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya