Johari hadir Mesyuarat Pembangunan Negeri di Pekan Kuah

Johari hadir Mesyuarat Pembangunan Negeri di Pekan Kuah, Langkawi

SYED IBRAHIM SYED AHMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Exco kerajaan negeri, Allahyarham Datuk Seri Johari Harun yang maut dalam nahas pesawat terhempas mengorbankan 10 mangsa di Elmina, Seksyen U16 di Shah Alam, Selangor pergi ke Langkawi, Kedah bagi menghadiri Mesyuarat Pembangunan Negeri yang dianjurkan oleh Pejabat Pembangunan Negeri Pahang di Pekan Kuah di situ.

Difahamkan, mesyuarat pada Khamis lalu itu turut dihadiri Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Zulkifli Yaacob; tiga exco kerajaan negeri dan ketua-ketua jabatan.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Kemajuan Desa dan Hal Ehwal Orang Asli negeri, Datuk Seri Syed Ibrahim Syed Ahmad dalam kenyataan yang dimuat naik di Facebooknya berkata, pada pagi Khamis lalu, mereka bermesyuarat di Pekan Kuah dan antara isu yang dibangkitkan oleh Allahyarham tentang pembinaan rumah-rumah golongan yang memerlukan.

“Kemudian kami teruskan mesyuarat. Tiba-tiba beliau (Johari) keluar, tanpa maklum. Rupa-rupanya beliau begerak balik. Biasa beliau akan beri khabar tapi kali ini dia bergegas senyap.

“Seusai mesyuarat pukul 2 petang, kami pergi ke warung makan tengah hari dan solat pukul 2.30 petang. Kami begerak pukul 3 petang meninggalkan lokasi, dapat berita beliau terlibat kemalangan bersama pesawat yang membawanya terhempas di Subang.

“Maka Menteri Besar dan saya serta rakan-rakan bergegas balik. Pukul 10.30 malam kami tiba di Hospital Klang. Ternyata jenazah belum sampai, masih dalam siasatan dan di bawah urusan pihak berkuasa. Kami bersama keluarga, rakan dan pengurusan hospital menunggu sahaja sambil membaca yasin dan doa. Alhamdulillah selesai berdoa beramai-ramai, jenazah tiba dibawa pihak berkuasa tepat pukul 1.15 pagi.

“Semoga arwah Datuk Seri Johari Harun dan rakan-rakan yang terlibat kemalangan ini dicucuri rahmat, magfirah dan ditempatkan di lliyin, amin,” katanya dalam kenyataan di Facebooknya semalam.

Dalam nahas ngeri pukul 2.40 petang kelmarin itu, 10 individu disahkan meninggal dunia dengan lapan daripadanya adalah juruterbang dan penumpang pesawat ringan tersebut.

Dua lagi mangsa, seorang pemandu dan penunggang e-hailing yang ketika nahas melalui lokasi kejadian.

Ketika kejadian, pesawat dengan nombor pendaftaran N28JV itu dalam perjalanan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi, Kedah ke Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang.

Pesawat itu dikesan melencong ke kanan dari laluan penerbangan dengan siasatan awal mendapati ia sudah mendapat kebenaran untuk mendarat oleh menara kawalan Lapangan Terbang Subang.

Difahamkan, Allahyarham Johari bertolak ke Langkawi dari Kuantan sehari sebelum kejadian menaiki pesawat sama yang terlibat nahas. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya